April 15, 2010

Wan Sharmila masih bersendirian !!

Selepas bercerai dengan penerbit drama, Fazli Baharom pada 23 Oktober lalu, pelakon Wan Sharmila kini hidup bersendirian tanpa kehadiran lelaki di sisi.

“Kehidupan ada beza. Sebelum ini ada orang jaga, tapi sekarang kena fikir sendiri. Paling ketara, bila tiada lelaki kehidupan agak sukar sedikit,” kongsi Wan ketika ditemui di pra-tonton filem 'Hooperz' baru-baru ini.

Pasangan ini berkahwin pada awal tahun 2007 dan tidak dikurniakan anak. Wan mengakui jika sebelum ini dia bergantung kepada kaum Adam, namun kini, beliau perlu memikirkan tentang diri sendiri.

“Dulu boleh minta tolong mereka. Saya percaya kalau ada lelaki, benda akan lebih senang. Saya percaya berdua adalah lebih baik.”

Apabila ditanya adakah dia kesal dengan perceraian yang berlaku, Wan menjawab, “Tidak. Mungkin ada hikmah. Kita kena percaya dengan apa yang Tuhan beri kepada kita.”

Bergelar janda pada usia yang muda, Wan tidak akan menolak jika ada jodoh yang datang padanya kelak. Namun di saat ini, Wan masih belum terfikir untuk mencari pengganti.

“Tak ada. Tak nak fikir sangat. Biar ia datang secara semulajadi. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada, tak ada lah.”