Budak 14 tahun yang menghina surah AL-Fatihah, mengaku Malaikat yang diupah Allah untuk mengutuk arwah Din Beramboi dan kemudian mengaku bukan Islam kembali bersekolah di SMK. Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang semalam. Perkara ini dihebahkan oleh penuntut yang bersekolah di tempat yang sama di dalam Facebook rasmi mereka di mana Rafiqin Darwisy bersekolah.
"Hari ni, Rafiqin datang sekolah, awal-awal dah kena panggil dengan cikgu badaruddin," tulis seorang pelajar di Facebook sekolah yang dikenali sebagai Hanis Faizurin.
"Macam tak percaya je student bakal sekolah aq buat macam ini. Tukar sekolah lain la pulak. Sorry to say... but budak ni buat malu warga panglima perang je," tulis salah seorang pelajar lain pula.
Terdahulu, Rafiqin yang pernah menghina dan kemudian meminta maaf, didakwa oleh ramai pihak tidak ikhlas kerana tidak sampai 20 minit pengakuan maafnya itu dia didakwa membuat perangai lama. Malah yang paling diragui, dia tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga arwah.
"Selepas hal dia ni terdedah kat sekolah, beberapa hari dia tak pegi sekolah. Hal ni disahkan oleh pelajar-pelajar dan rakan kelas. Dia memang asal orang Kuantan Pahang... yang status kat Kelantan. Sementara Sabah tu, dia tipu je... mungkin dah gelabah.
"Semakin kurang ajar nampaknya budak ni... maka telah ade yang buat laporan polis. 3 laporan telah dibuat, laporan kepada JAIP pun telah dibuat... budak ni dalam perancangan siasatan pihak JAIP. Kemudian akan disiasat dalam kes POLIS dan laporan kepada pihak SKMM pun telah dibuat, kes dalam perhatian," demikian dakwa seorang forumer dalam sebuah forum popular. Allahualam!
Facebook sekolah Rafiqin boleh dilayari di URL ini: http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=18006696942
Zoom: Apa kata anda di Zoomartis ?