Nampaknya kisah panas Ida Nerina dan suami kembali bertiup kencang lagi,dengan sekembalinya beliau daripada India membuatkan segenap ruangan Blogger dipenuhi dengan penulisan oleh si pemilik termasuklah Zoom yang mengikuti perkembangan artis ini.
Pelakon filem 'Susuk' dan 'Anak' itu sebelum ini pernah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.
Peguamnya, Akbarden Abdul Kader ketika ditemui selepas perbicaraan kes cerai Ida dengan suaminya, Sha'arin Mohd Razali di Mahkamah hari ini berkata, Ida bagaimanapun masih belum boleh berjalan lagi walaupun kesihatannya beransur pulih.
"Dia telah kembali ke tanah air. Sekarang dia sedang mendapatkan rawatan di sini. Saya akan jumpa dia pada hujung minggu ini. Dia kata akan datang ke mahkamah pada minggu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ida tidak hadir ke mahkamah hari ini sementara Sha'arin yang hadir dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu isterinya pernah mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.
Bagaimanapun, Ida dalam perbicaraan terdahulu mendakwa dia tidak mendengar lafaz tersebut dibuat.
Zoom: Si Suami dah buat pengumuman tapi si isteri masih ingin menyelamatkan keluarganya..Apa kata anda ?