Panas memang panas...baca je la di bawa luahan pelakon yang tengah naik ni,....Dan apa kata anda sebagai pembaca di Zoomartis ?
SEJAK beberapa bulan yang lalu, di telinga media kerap kali kedengaran pelbagai cerita mengenai hubungan baik dua pelakon ternama tanah air, Maya Karin dan Remy Ishak.Selepas terbabit dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima, kedua-dua pelakon berkenaan digosipkan menjalin hubungan cinta.
Bahkan, dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Maya sendiri mengumumkan, dia berhadapan dengan masalah rumah tangga dengan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali.
Ramai yang berdoa mengharapkan Remy bukanlah penyebab kepada kemelut rumah tangga pelakon jelita itu.
Doa orang ramai, semoga hubungan Remy dan Maya saling tidak ubah seperti kawan artis sahaja.
Terbaru, Remy, hero Nur Kasih yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) sekali lagi mengakui, dia dan Maya hanya kawan biasa saja.
Aktor tampan yang semakin digilai ramai wanita itu tanpa berselindung berkata, dia sangat selesa berkawan dengan wanita berdarah kacukan Melayu-Jerman itu.
Maya dari kaca mata Remy merupakan seorang wanita yang bijak, berkarisma, berkeyakinan tinggi dan tidak gedik.
Bahkan personaliti Maya itu menyebabkan ramai menghormatinya dan senang untuk berkawan dengannya.
Justeru, Remy tidak akan mengendahkan pandangan kurang senang ramai pihak dan akan terus berkawan dengan Maya.
“Maya seorang kawan yang baik. Lagipun kami sudah lama kenal dan sering bekerjasama untuk beberapa buah filem seperti Anak Halal dan Cun serta teater Natrah,” katanya mempertahankan diri.
Namun begitu, kehangatan hubungan mereka turut diperkatakan di laman web sosial apabila Remy dan Maya dilihat begitu mesra semasa menghadiri majlis ABPBH2009 di kota keriangan, Genting Highlands baru-baru ini.
Menafikan kemesraan mereka, Remy meminta pihak berkenaan menjelaskan apa maksud mesra di mata mereka itu.
Pada Remy, kemesraan yang disimpulkan sesetengah pihak dibuat kerana kedua-dua pelakon itu kini bernaung di bawah bumbung syarikat pengurusan yang sama, Satu Entertainment Sdn. Bhd.
Menurut Remy, andai ada yang ternampak dia dan Maya sering kelihatan bersama ketika sehingga berkongsi bilik solek yang sama, ini kerana kesemua urusan itu dikendalikan oleh pengurusan mereka.
“Jangan salah faham. Saya sendiri yang mencari Satu Entertainment atas cadangan rakan-rakan artis yang sudah lama dalam industri kerana kredibiliti syarikat itu menguruskan kebajikan dan jadual artis dengan baik.
“Sebelum ini ada yang mengadu saya susah dihubungi dan jadual saya seperti tidak terurus. Saya yakin semua ini tidak akan berlaku di bawah jagaan Satu Entertainment,” ujarnya yang mula menyertai syarikat pengurusan artis profesional itu sejak awal Januari yang lalu.