Mac 29, 2010

Tiga peserta terbaik dalam Akademi Fantasia bagi Norman !!




Baru beberapa minggu konsert dan pembelajaaran peserta Akademi Fantasia Ke 8, pengetua sudah mula memilih peserta yang terbaik untuk musim ini.kisahnya ada di bawa baca je k..jangan lupa komen apa-apa yang patut....Thanks...!!!


Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Norman Abdul Halim ketika diminta memberikan tiga nama pelajar yang memberikan persembahan terbaik semasa konsert kedua AF8 yang diadakan semalam mengakui Maulana, Adira dan Iwan merupakan calon pilihannya. Namun katanya itu adalah pendapat peribadinya dan percaya tenaga pengajar lain juga akan bersetuju dengan pilihannya itu.

"Saya memilih tiga peserta ini kerana mempunyai sebab. Seperti yang kita lihat, Maulana berjaya menyanyikan lagu "Hasrat Hati" dengan baik walaupun hanya menggunakan sebatang mikrofon klasik sebagai 'props'.

"Di dalam persembahannya itu juga jiwa jazz yang dimiliki oleh Maulana semakin menyerlah. Saya percaya jika dia menonjolkan persembahan sebegini setiap minggu, dia akan berjaya," ujar Norman yang kelihatan cukup teruja melihat persembahan anak didiknya itu.

Manakala Adira menjadi pilihan Norman kerana menyifatkan peserta yang berasal dari Ranau, Sabah itu cukup konsisten dengan persembahannya saban minggu. Menurut Norman, sejak Konsert Tirai AF8 dan konsert mingguan yang pertama, Adira sangat menyerlah dengan kualiti vokalnya yang mengagumkan.

"Sementara itu, Iwan saya pilih sebagai antara tiga peserta terbaik pada malam ini kerana dia kelihatan cukup bersahaja ketika membuat persembahan. Malah dia juga berjaya menyampaikan lagu "Mencari Konklusi" dengan berkesan serta peminat terhibur dengan persembahannya," jelas Norman.