Mac 28, 2010

Gambar terbaru anak Sasha Saidin yang comel

Shasha Saidin bersama anak lelakinya ketika ditemui bersiar-siar di pusat membeli belah Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur petang semalam.

Putera sulung yang diberinama Adam Ariyasenna Notosoemarsono, hasil perkongsian hidup bersama suami Salyo Priyanto kini berusia 6 bulan ini nampaknya sangat aktif bermain. Biarpun panjang lebar namanya, Shaha hanya memanggilnya Ariya.

"Notosoemarsono adalah nama Jawa dari keturunan sebelah suami. Lepas ini kalau ada rezeki dapat anak lagi, saya akan berikan nama Melayu pula, ataupun nama-nama dari keluarga saya. Biar nampak pelbagai bangsa.

"Kami memang berhajat ingin memiliki keluarga besar. Selain mengukuhkan lagi ikatan suami isteri, memang semua akui kehadiran anak-anak ini dapat memberi kebahagian dan kecerian dalam rumah," katanya

Shasha berkata, selepas seminggu tersingkir dalam program Sehati Berdansa musim ke-2 tahun 2008, beliau disahkan mengandung.

"Saya menganggap penyingkiran itu sebagai satu hikmah. Siapa tahu pada masa tu saya mengandung.

"Lepas dapat baby, saya bukan kata langsung tidak berlakon, ada juga tetapi kurang. Ia kerana saya perlu memilih tawaran yang datang. Saya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Maklum sajalah, saya mesti menumpukan perhatian lebih terhadap keluarga.

"Baru-baru ini pun saya baru habis berlakon drama bersiri Mayang Mengurai yang diarahkan oleh Yeop 'Hitler' Zami. Selain tu saya kini menjadi Duta Pusat Kecantikan Slimworld. Di sana, saya turut mengikuti program pelangsingan yang saya anggarkan akan mencapai berat 58 kg," Ujar Shasha