Mac 29, 2010

Gambar Harijadi anak kedua Adilla


Manakan tumpah kuah kalau tak di nasi ....begitu jugalah kisahnya si ibu dan si anak ni, nampak cantik si ibu bersama anak tersayang ketika menyambut harijadi anak.

Alangkah bahagianya mereka,Adilla telah meraikan hari ulangtahun ke-2 anak kesayangannya, Rania di Mon Rods Kitchen, Shah Alam. Pada majlis itu juga, majlis ulangtahun perkahwinan Adlla bersama suami tercinta iaitu Tengku Ngah Putra yang ke-14 tahun diraikan.

Walaupun semasa majlis berlangsung, hujan lebat membasahi bumi, tetapi majlis berlangsung dgn meriah sekali dengan dihadiri oleh famili, rakan-rakan Adilla, rakan selebriti dan media. Itulah hujan rahmat namanya.
Acara dimeriahkan dengan acara potong kek hari lahir Rania serta kek ulang tahun perkahwinan mereka.