Mac 01, 2010

(Films) Sinopsis The Book Of Eli


"The Book of Eli" mengisahkan keadaan tiga puluh tahun selepas perang.Dunia menjadi kacau bilau,tandus dan gersang.Manusia harus membangunkan kembali material yang telah hancur dan peradaban yang telah lenyap.

Ditengah-tengah kehancuran dan bencana yang melanda dunia itu,muncul seorang lelaki bernama Eli (Denzel Washington) yang terselamat dari bencana itu.Eli berubah secara total daripada seorang lelaki biasa kepada lelaki yang berani dan kental semangatnya.Dia mengembara ke seluruh Amerika bagi melindungi sebuah buku yang menyimpan rahsia untuk menyelamatkan manusia.

Justeru, Eli menjadi buruan mereka yang berniat jahat yang mahu merampas buku tersebutr dan sekaligus mahu menghalang Eli untuk menyelamatkan penduduk dunia yang masih bersisa.

Mengalami nasib yang samaseperti manusia lain, Eli juga telah kehilangan semua benda yang pernah dimilikinnya.Dia menjadi manusia pengembara dari satu tempat ke tempat lain untuk meneruskan kehidupannya.

Suatu hari, Eli singga di sebuah kota yang dikuasai oleh Carnegie ( Gary Oldman).Carnegie berusaha mendapatkan buku tersebut demi kepentingannya.

berjayakah Eli menyelamatkan manusia sejagat dengan buku tersebut? Apakah cabaran-cabaran dilalui oleh Eli? Jangan ketinggalan menyaksikan filem menarik ini di pawagan yang berhampiran dengan anda

INFO : MEDIA