Mac 29, 2010

Erma tersingkir dari Akademi Fantasia 8

Erma Suhaini, atau lebih dikenali AF 8 Erma telah tamat perjuangannya dalam pentas Akademi Fantasia (AF) musim kelapan hancur di pertengahan jalan apabila dia menjadi peserta kedua tersingkir daripada program popular itu.

Erma, yang berasal dari Ranau, Sabah ini telah tersingkir selepas mendapat peratusan paling rendah menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton, iaitu 7.03 peratus. Keputusan penyingkiran telah diumumkan dalam program Debaran AF8 secara langsung menerusi saluran Astro Ria oleh pengacara program berkenaan, Sarimah Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Erma menerima keputusan tersebut dengan reaksi tenang. Baginya ini bukan perjuangan terakhirnya sebagai penyanyi malah menganggap penyinkiran ini sebagai titik mulanya melangkah ke bidang seni.

Pada konsert mingguan yang diadakan pada malam kelmarin, pelajar berusia 21 tahun itu menyampaikan lagu Pakai Buang yang pernah dipopularkan oleh Stacy. Kini hanya tinggal 10 pelajar yang akan bersaing bagi merebut gelaran Juara Akademi Fantasi musim ini.