Mac 29, 2010

Badrul Muhayat marah dengan kenyataan akhbar mengenainya !!

Tak lama lagi ada la kes saman menyaman, beberapa hari ini kisah beliau semakin panas di dada akhbar malahan laman sesawang yang berpengkalan di Malaysia turut terasa bahangnya.

Mana taknya artis ini yang suatu ketika dulu diminati oleh ramai wanita di luar sana dikatakan menjadi buruan polis setelah si isteri membuat laporan polis yang beliau dipukul.

Baca je la komen Badrul Muhayat mengenai kisahnya yang hangat ni...


"Saya terlalu geram dan marah dengan laporan yang diterbitkan itu. Ia sangat melampau dan sengaja dibesar-besarkan daripada fakta sebenar.
"Ia bukan sahaja mencemarkan nama saya, malah lebih teruk hingga menyusahkan pergerakan saya untuk melakukan rutin seharian.
"Sekarang, saya sukar hendak bergerak ke mana-mana pun. Semuanya jadi terbatas disebabkan oleh laporan itu. Sedangkan ia tidak seburuk dan seteruk seperti mana yang didakwa," kata Badrul dengan nada marah.
Dia yang mengakui bergaduh dengan isterinya itu, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya telah bertindak kejam dan melampau sebagaimana yang dilaporkan.

"Itu perkara biasa dalam berumah tangga tapi tidaklah sampai teruk seperti yang dilaporkan. Laporan akhbar itu seolah-olah memberi gambaran yang saya telah bertindak dengan kejam dan melampau," katanya penuh kekesalan.