Februari 01, 2010

(Gossip) Burn pilih kekasih Thai selepas dikecewa gadis melayu

Kesiannya Zoom baca cerita Burn artis Akaemi Fantasia ni, rasanya sudah lama Zoom tak dengar cerita mengenai Burn ini.Sebelum ini Zoom rasa Burn ada kekasih artis juga kot, mungkin tak ada jodoh dengan gadis melayu kot.Mari kita baca kisah dan luahan Artis berbangsa India yang fasih berbahasa Melayu ini, Jum Click Selanjutnya.....



Baca Selanjutnya

Burn adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini turut melibatkan diri dalam bidang pengacaraan di samping meneruskan minatnya di dalam dunia seni suara.

Walaupun dilahirkan dengan berbangsa India, namun Burn seperti orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu, terutamanya ketika mengacarakan majlis yang sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan ini.

Akibat terlalu banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, Burn mengakui akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis Melayu yang bergelar Sabrina.

Keputusan untuk berpisah itu juga dipersetujui kedua belah pihak tanpa wujudnya persengketaan antara mereka.


"Kami dah break (berpisah) demi untuk kebaikan bersama, saya rasa keputusan ini bukan dari saya sahaja, tetapi dia (Sabrina) turut bersetuju dengan keputusan yang kami ambil i
ni," katanya.

Selepas beberapa bulan kecewa dalam percintaannya, Burn kini mengakui hatinya telah dimiliki oleh gadis dari negara jiran, Thailand.


"Kekasih baru saya ini orang Thailand, kami bersama baru sebulan lebih, masih baru lagi,
" ujarnya sambil ketawa.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih yang mesra dipanggil Kate ini, dia mengakui dirinya masih 'trauma' dengan kisah cintanya yang dulu.


"Buat masa ini, saya tidak meletakkan harapan apa-apa, lagi pun saya baru bersamanya sebulan lebih. So, banyak yang perlu saya tahu mengenai dirinya sebelum membuat apa-apa keputusan,
" ujarnya.

Zoom: Apa kata anda mengenai Burn ini !!!?