Memaparkan catatan dengan label Burn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Burn. Papar semua catatan

Februari 01, 2010

(Gossip) Burn pilih kekasih Thai selepas dikecewa gadis melayu

Kesiannya Zoom baca cerita Burn artis Akaemi Fantasia ni, rasanya sudah lama Zoom tak dengar cerita mengenai Burn ini.Sebelum ini Zoom rasa Burn ada kekasih artis juga kot, mungkin tak ada jodoh dengan gadis melayu kot.Mari kita baca kisah dan luahan Artis berbangsa India yang fasih berbahasa Melayu ini, Jum Click Selanjutnya.....



Baca Selanjutnya

Burn adalah bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini turut melibatkan diri dalam bidang pengacaraan di samping meneruskan minatnya di dalam dunia seni suara.

Walaupun dilahirkan dengan berbangsa India, namun Burn seperti orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu, terutamanya ketika mengacarakan majlis yang sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan ini.

Akibat terlalu banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, Burn mengakui akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis Melayu yang bergelar Sabrina.

Keputusan untuk berpisah itu juga dipersetujui kedua belah pihak tanpa wujudnya persengketaan antara mereka.


"Kami dah break (berpisah) demi untuk kebaikan bersama, saya rasa keputusan ini bukan dari saya sahaja, tetapi dia (Sabrina) turut bersetuju dengan keputusan yang kami ambil i
ni," katanya.

Selepas beberapa bulan kecewa dalam percintaannya, Burn kini mengakui hatinya telah dimiliki oleh gadis dari negara jiran, Thailand.


"Kekasih baru saya ini orang Thailand, kami bersama baru sebulan lebih, masih baru lagi,
" ujarnya sambil ketawa.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih yang mesra dipanggil Kate ini, dia mengakui dirinya masih 'trauma' dengan kisah cintanya yang dulu.


"Buat masa ini, saya tidak meletakkan harapan apa-apa, lagi pun saya baru bersamanya sebulan lebih. So, banyak yang perlu saya tahu mengenai dirinya sebelum membuat apa-apa keputusan,
" ujarnya.

Zoom: Apa kata anda mengenai Burn ini !!!?

September 24, 2009

(Celebrity News) Adie dan Burn Jadi Duta High 5 Bandung !!

Adifashla (kanan) atau lebih mesra disapa Adie dan Burn dipilih sebagai duta High 5 bagi mempromosikan roti perisa bandung, baru-baru ini

KESERONOKAN beraya tidak dapat diselindung oleh penyampai radio Era, Adifashla Juraimi atau Adie ketika dia menceritakan saatnya beraya sakan di kampung, Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini.

Adie mengatakan dia telah beraya di kampungnya sambil melakukan aktiviti yang dipanggil 'Baraan' yang merupakan satu tradisi di kampungnya.

"Tahun ini saya beraya sakan, saya pulang ke kampung bersama keluarga di Tanjung Karang, di sana saya telah menjalankan aktiviti 'Baraan' yang merupakan tradisi di kampung saya.

"'Baraan' ini sebenarnya aktiviti di mana saya dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama dan kemudiannya kami akan beraya sekeliling kampung dengan menaiki motor.

"Saya gembira sangat sebab dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama saya yang telah lama tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tugas.

"Saya 'enjoy' buat aktiviti ini, saya bersama kawan-kawan semua buat bising dengan naik motor dan pergi ke setiap rumah untuk beraya.

"Tapi kami bukanlah seperti mat rempit yang berlumba, kami hanya konvoi dan pergi beraya sahaja," kata Adie.

Malah Adie juga gembira kerana dia dapat membuat persiapan raya awal untuk keluarganya pada bulan puasa lalu dengan membawa keluarganya keluar membeli belah


Zoom Komen: Murah rezeki Adie dan Burn jadi duta roti High 5 ni sure makan roti free je :). Zoom pun tak tau apa tue "Baraan"..u alls tau ?