Disember 24, 2009

(Gossip) Akaun Isteri Sri Bayu, Dayang Zaira Erema di siasat !!!




ZoOm tak tau lah apa nak jadi dengan isteri Abang bayu ni, semasa sihat nak je kat abang bayu selepas sakit tak larat nak berjalan atau lumpuh nak je dia tinggalkan. Inikah yang dinama kan cinta terhadap seseorang yang menjadi suami ? Sedih tapi itu yang terjadi, sebelum ini ada "Statement" yang menjatuhkan maruah Abang bayu sebagai seseorang lelaki. Tak usahlah mengenangkan kisah lama yang menyedihkan itu, mungkin ada di antara anda pernah mendendar cerita keluarga abang bayu yang lumpuh ini..!! JUm kita ZoOm kisah harta Royalti Abang Bayu yang sepatutnya masuk ke dalam akaunnya tetapi di pindahkan ke akaun si isteri ini..!!



Baca Selanjutnya

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata akaun penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat.

Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan suaminya, Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya.

Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.

Mengenai wang royalti itu, Erema berkata dia telah memasukkannya ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu setelah disoal oleh peguamnya, Ahmad Tarmizi Shariff.

Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz mewakili Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang ditemui di luar mahkamah berharap plaintif akan mematuhi arahan tersebut.

"Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi.



Apa kata anda mengenai Gossip ini ?