Jun 02, 2009
(Gossip) Nora Danish Dan Noh Vokalis Kumpulan HUjan Bercinta ???
Maklumlah, kisah yang tercatat dalam gosip itu mempunyai dua kemungkinan sama ada benar atau tidak. Justeru, bagi mendapat penjelasan tentu saja Nora atau Noh, paling berhak merungkai segala persoalan.
Cuba menghubungi Nora, taliannya tidak berjawab. Mujurlah vokalis Hujan, Noh atau atau nama sebenarnya, Mohammad Noh yang baru bangun daripada tidur, sudi meluangkan masa untuk ditemu bual walaupun agak keberatan untuk memberi komen berhubung gosip yang bertiup kencang, sejak kebelakangan ini.
“Kalau boleh, saya tidak mahu memperbesar-besarkan isu ini dengan memberi kenyataan kerana bimbang akan di sensasikan. Apa yang boleh, saya katakan, kami hanya kawan biasa.
“Ramai sedia maklum, saya sudah mempunyai teman wanita dan kini melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan seni bina.
“Manakala Nora, antara rakan wanita yang saya senang berdampingan kerana dia kelakar, manis dan menyeronokkan. Paling buat saya serta kawan-kawan lain mengagumi dan menghormati Nora ialah ketabahannya mengharungi hidup sebagai ibu tunggal pada usia yang muda.
“Walau apa dugaan terpaksa ditempuh, dia tidak pernah cakap buruk pasal orang atau salahkan sesiapa. Bahkan, tabah menempuh hari mendatang tanpa mengabaikan kebajikan anak kesayangannya itu. Saya tidak hairan kalau ramai kawan selesa atau sayangkan Nora kerana dia memang baik.
“Apapun, saya bimbang jika gosip ini terus diperkatakan orang nanti, Nora juga menjadi tidak selesa berkawan dengan saya. Pada masa sama, saya juga mahu menjaga hati teman wanita.
“Memang kita tidak mampu meramalkan dengan siapa jodoh kita. Namun, disebabkan hal ini, teman wanita saya pernah merajuk. Maklumlah, dalam keadaan berjauhan begini, bertambah kuat curiganya walaupun dia sendiri tahu gosip ini tidak benar,” katanya.
Noh berkata, sememangnya, dia sudah lama mengenali Nora kerana dia selebriti popular, tetapi jalinan persahabatan antara mereka bermula sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008).