Jun 12, 2009
(Celebrity News ) Sandra Bullock lari bogel ?
Ni kisah artis hollywood Sandra Bullock Lari Bogel DAlam Filem
Terbarunya.
Biarpun, dia sudah menimba pengalaman berlakon lebih dua dekad, kebanyakan tawaran yang diterima merujuk pada watak aksi dan romantik.
Mencari kelainan pada watak, Sandra menyatakan dia bersetuju untuk berlakon filem baru berkonsep romantik komedi, The Proposal yang akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti.
Tujuh tahun lalu, dia sebenarnya pernah terbabit dengan genre filem yang sama menerusi Two Weeks Notice.
Dia juga pernah mencuba genre komedi drama menerusi filem Miss Congeniality 2: Armed & Fabulous.
Katanya, watak Margaret Tate yang dilakonkan memberi tarikan iaitu karakter seorang wanita yang bekerja sebagai editor buku di sebuah syarikat yang terpaksa merancang berkahwin dengan pembantunya, Andrew (lakonan Ryan Reynolds).
Mereka berkahwin kerana Margaret yang berasal dari Kanada ingin menetap di Amerika Syarikat.
Di sebalik watak itu, Sandra juga menarik perhatian penonton apabila sanggup beraksi bogel untuk filem berkenaan. Ini bermakna filem itu adalah penampilan pertama kalinya di layar perak untuk adegan bogel.
Apa yang dipaparkan, dia bersama Reynolds bukan saja melakonkan adegan asmara, tetapi turut berlari bogel.
"Apa yang buat saya sedih, adegan bogel yang menjadi lakonan pertama dan terakhir saya ini diketawakan penonton. "Untuk menjadikan adegan ini menarik, ia juga bergantung pada aspek koreografi.