Jun 13, 2009

(Celebrity News) Maya (Matahari) nikah 26 Jun ini

Penyanyi dan pelakon Maya (Matahari) akan bernikah dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 di sebuah masjid di Taman Tar, Ampang.

Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee ditunangkan dengan Shahreza dua minggu lalu dalam majlis sederhana di rumah abangnya di Cheras.


"Kami bernikah dulu sebab dalam masa terdekat ini tempat yang kami tempah untuk majlis bersanding tidak ada. Sekiranya segala perancangan berjalan lancar kami akan bersanding sekitar bulan Oktober nanti. Majlis sebelah saya akan diadakan di Batu Pahat, Johor," kata Maya kepada Mangga Online.

Maya mula menghantar kad undangan kepada pihak media dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis pernikahannya nanti.

Tengku Shahreza, 38, ialah anak kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Sir Abu Bakar. Beliau seorang ahli perniagaan dalam bidang pertanian dan pembinaan.

"Saya kenal Shahreza sejak empat tahun lalu. Dia tak Maya pada majlis bertunang.
menghalang saya untuk terus berlakon dan menyanyi," kata Maya yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Ceplos musim kedua walaupun sedang mempersiapkan majlis pernikahan.

Pada majlis pernikahannya nanti Maya akan disolek oleh Nurul Shukur. Nurul juga menyediakan persalinan pengantin. Juadah pula akan disediakan oleh Chef Zainal dari Restoran Tanjung Peteri, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

"Saya harap segala perancangan akan berjalan lancar. Yalah kawan-kawan saya ada yang dah mendodoi anak," kata Maya yang nampak semakin bahagia menunggu hari bergelar isteri.

Semoga Berbahagia Dari Zoom Admin..