Mei 04, 2009

Dari Hati Cat Farish


Bila tersebar secara official Farhana keluar semua menyangka buruk dan pandang serong. Secara terus terang Cat lagi pening nak lalu semua nie tapi nak buat macam mana dah kehendak dan kemampuan seseorang untuk bertahan atau tidak. Farhana mengambil keputusan keluar meninggalkan kami atas sebab tersendiri dan meletakkan jawatan terus angkat kaki melalui persetujuan kami dan label kami, Metadome.



Ada mulut cakap Wangi patut keluar, ada yang cakap kenapa Sumo keluar dan macam macam tomahan dan hinaan tapi realitinya mereka meninggalkan kesan besar kepada saya Cat Farish yang telah mengabis masa dan kederat untuk kumpulan ini. saya terpaksa akur dan lama bersedia untuk menghadapi semua ini.

Bayangkan keluarnya seorang dari kumpulan itu, kena buat recording semula, video semula dan semua kena jadi baru. On Farhana pulak dia mempunyai sebab tertentu dan tidaklah boleh menyalahkan dia. Kalau nak ikutkan kontrak, yang keluar kena tanggung semua kos yang telah dikeluarkan dan kami bukan sezalim itu. Buat apa nak paksa paksa atau menahan orang yang perlukan pertolongan seperti Farhana yang perlukan ruang itu.

Bayangkanlah saya terpaksa harung pagi ke pagi untuk merakam semula lagu lagu yang sama. Mengeluarkan budget untuk video shoot semula bawaku terbang dan lain lain dan kerja ini bukan senang. Sebelum semua ini kena grum sesiapa yang bakal menggantikan nya.

Dah la wangi belum matang dengan kami dah kena cari baru. Wow!!! Dugaan…

Farhana mempunyai alasan yang cukup kuat untuk keluar. Dan itu masalah yang dinyatakannya itu akan mengganggu perjalanan promosi album kami dan keputusan itu adalah sewajarnya walau kami menanggung segala dugaan baru.

Kalau ada jodoh adalah kalau takda nak buat macam mana.

Kami tak menyalahkan peminat Farhana marah terhadap keputusan Farhana sendiri dan kami tak marah sesiapa yang marah kami tentang keputusan Farhana bukan kami.

Walau bagaimana kami masih lagi teruskan perjalanan ini.

Yang pasti good luck Farhana dengan kerjaya terbaru dan moga sukses seperti Alya. Amin.

Cat Farish yang tenang.



Begitulah bunyi luahan Cat Farish dalam group Fabulous Cats dalam laman sesawang sosial Facebook. Apa-apa pun, marilah kita doakan Farhana mencapai apa yang beliau ingini dan juga Fabulous Cats akan lebih mantap lagi. Biasalah Cat, keluar masuk ahli dalam sesebuah kumpulan itu biasa. Lihat band-band rock luar negara, ahlinya kerap bertukat ganti namun perjuangan mereka tetap sama.

Buat peminat Farhana yang menyalahkan Cat atau pun ahli-ahli lain, hentikanlah, industri kita ini kecil sahaja. Jika kita tak menyokong mereka siapa lagi akan membela nasib artis-artis Malaysia?

nasib artis di Malaysia amat berlainan berbanding di Amerika. Di sana kiranya album pertama meletup, hasil royalti dari album pertama sahaja mampu memberi kemewahan selama tiga generasi. Baru satu album belum tujuh album dalam karier sebagai penyanyi. Di Malaysia lain pula, album dah 30 tapi pendapatan artis kita masih di takuk yang sama. Baik dari segi nyanyian mahupun lakonan. Oleh itu marilah kita sokong artis tempatan, beri mereka peluang kerana mereka juga setanding artis luar. Jika kan tidak, masakan orang Jepun menggilai Pop Shuvit?