Mei 04, 2009

Hambarnya AIM16


Bertempat di Dewan Merdeka PWTC pada hari Sabtu, 2 Mei lalu, berlangusnglah sudah acara kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 16 (AIM16). Rata-rata boleh dirumuskan persembahan agak hambar malam itu. Acara pembukann dimulakan oleh M. Nasir dan diiringi sekumpulan pendikir barat.
Selepas itu acara agak hambar dan agak kelam-kabut. Suasana hambar di dalam dewan itu berjaya 'diselamatkan' oleh ketiga-tiga pengacara iaitu Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Adibah Noor. Floor Manager dapat dilihat memberi isyarat kepada pemenang supaya cepat memberikan ucapan mereka. Dan ada beberapa penerima anugerah yang belum sempat habis berucap muzk tema AIM dimainkan menandakan masa mereka sudah habis untuk berucap.

Jika beginilah masalahnya, lain kali dalam mana-mana anugerah sekali pun, jangan minta penerima memberi ucapan dan rasanya masa akan dapat disingkatkan lagi. Dan nasihat saya kepada para pemenang pula, janganlah ambil masa yang lama untuk naik ke pentas. Jika yang menang adalah kategori vokal terbaik, rasanya tidak perlulah ada artis menunggu gerombolan penerbit, penulis lagu, penulis lirik, penari latar dan pengurus untuk naik ke pentas dengan anda kerana anda sahaja yang berpeluang memberi ucapan. Lainlah jika yang menang itu sebuah kumpulan dan bukan penyanyi solo.

Itu pandangan ikhlas saya. Ada beberapa lagi teguran buat pihak AIM. Jika dahulu sebagai selingan sementara commercial break, sama ada stand up comic oleh pelawak seperti Harith Iskander dilakukan. Kali ini hanya selingan video yang agak membosankan penonton di dalam dewan. Adakah pihak penganjur tidak membunyai bajet tambahan atau adakah kali ini mahukan kelainan? Jika kelainan, sistem audio VT playback malam tersebut amatlah tidak berkualiti kerana ada ketika tiada audio dan tiba-tiba ia keluar dengan nada yang kuat. Rata-rata di kawasan media duduk banyak yang mempersendakan kecacatan tersebut.

Kedua, bagaimanakah pemenang dipilih? Undian SMS? Pilihan juri profesional? Atau berdasarkan kepada ikut mana yang AIM rasa perlu dapat anugerah tersebut? Kerana banyak kategori yang dikatakan mempunyai favourite dan disangka akan menang, calon tersebut gagal. Kenapa Pop Shuvit tidak menang sedangkan jika dikira, mereka agak popular di Jepun apabila dijemput mengadakan konsert di sana. Adakah mereka kurang popular di sini?


Info : Mangga Online