Memaparkan catatan dengan label cerita seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita seram. Papar semua catatan

April 19, 2012

Cerita Hantu : Kisah Radio Hidup Sendiri

Nama saya Aza. Saya tinggal di kawasan Punggol. Tiga tahun lepas saya baru berpindah ke rumah baru. Ceritanya begini. Saya tinggal dengan anak saya yang baru berusia setahun, dan seorang pembantu rumah yang tidur di bilik berasingan. Pertama kali kami diganggu, adalah minggu pertama kami duduk di rumah baru kami. Malam itu, suami saya bekerja syif malam. Tinggal saya dengan anak perempuan saya yang berusia setahun tidur di bilik utama kami, dan pembantu kami tidur di bilik sebelah. Pada waktu tu sekitar pukul 3 pagi, anak saya mula menangis. Macam biasalah, saya fikirkan bahawa dia mahukan susu dan sekaligus saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya.

Selalunya, saya akan bangun dan keluar pergi ke dapur untuk membuatkan susu untuk anak saya itu. Tapi malam itu, anehnya, saya tergerak hati untuk menelefon pembantu rumah saya untuk membuatkan susu untuk anak saya, sementara saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya. Dia pun mengangkat dan saya menyuruh dia buatkan susu. Dalam seminit selepas itu, pembantu saya masuk ke bilik saya, memberikan saya botol susu anak saya, sementara menanyakan saya, “Kak Ngah (panggilan nama saya dalam keluarga suami saya) tadi terlupa tutup radio di luar ya?” Saya terfikir sejenak. “Sejak bila aku dengar radio di ruang tamu pulak?”, terdetik hati saya. Setahu saya, selalunya sejurus sahaja anak saya tidur, saya akan menyusul masuk tidur selepas mandi dan solat Isyak. Tak pernah pula saya nak dengar radio.

Radio, atau lebih tepat lagi, sistem bunyian di ruang tamu saya mempunyai satu fungsi bernama “blueray soundbar” yang saya letak di atas dinding, bawah tv. Saya perlu tekan butang "touchscreen" pada panel sistem itu untuk hidup / matikan sistem itu atau menaikkan / menurunkan tahap suara. Alat pengawal jauh pula tersemat di dalam bekas

April 17, 2012

Cerita Seram : Bau Wangi

Nama saya Bob. Saya ada satu pengalaman yang ringkas, terjadi 12 tahun yang lalu. Waktu itu saya berumur 25 tahun. Waktu bujang lagi dan tiada siapa yang nak halang ke mana saya pergi. Saya selalu lepak bersama kawan-kawan yang sekepala dengan saya. Salah seorang kawan saya mempunyai lori sendiri. Kadangkala bersama tiga orang kawan yang lain, kami suka bersiar-siar sehingga lewat malam.

Pada suatu malam, kami bercadang hendak lepak di pantai Changi. Sebelum itu kami pergi mengambil dua orang kawan perempuan yang hendak turut serta. Selepas menjemput mereka kami pun bergerak menuju ke kawasan pantai Changi. Sampai di sana, setelah meletak lori di kawasan meletak kereta yang paling hujung, kami pun berjalan menuju ke tempat duduk di tepi pantai. Waktu itu tiada orang di kawasan itu, maklumlah sudah jam 1:30 pagi. Pada hari biasa mana ada orang yang hendak merayap kecuali yang degil macam kami?

Sambil kami duduk, berbual dan bergurau tiba-tiba salah seorang kawan perempuan yang bernama Lin bertanya pada saya, "Eh kau pakai minyak wangi apa eh? Wangi betul..." Saya terdiam sekejap kerana saya tidak suka menyembur minyak wangi kerana hidung yang sensitif. Saya pun menjawab, "Mana aku ada pakai minyak wangi? Kau ni dah mengantuk ke?" Yang lain ketawa bila saya jawab dengan selamba. Kami teruskan berbual. Selang sepuluh minit kemudian, Lin bertanya soalan yang sama. Kali ini saya dah rasa yang ada benda yang tak kena.

Cerita Seram : Kanak-Kanak Kecil Dalam Pejabat

Di sini saya ingin menceritakan mengenai pengalaman yang saya alami hingga sekarang. Cerita ini taklah seram sangat. Cuma hanya ingin berkongsi dengan anda sahaja. Saya sudah dua tahun bekerja di sebuah pejabat di kawasan Raffles Place. Saya tidak terkena gangguan. Cuma saya menyedari sahaja bahawa ada makhluk halus lain yang ada bersama saya di dalam pejabat saya.

Saya selalu tiba di pejabat sekitar jam 6.30 pagi. Saya suka datang awal kerana ada hal-hal urusan kerja yang tidak boleh saya buat semasa pekerja lain ada di dalam pejabat. Pada waktu sedemikian, suasana di kawasan Raffles Place sememangnya masih gelap dan belum ramai lagi pekerja di pejabat. Pejabat saya pula terletak di tingkat sebelas dan agak sunyi dan malap. Kerana sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian, saya tidak terfikir apa-apa.

Pada bulan pertama saya mula bekerja, tidak ada apa-apa masalah, gangguan ataupun kejadian aneh. Bulan berikutnya, perkara aneh mula bermula. Setibanya saya di pejabat, saya menghidupkan lampu di bilik mesyuarat sahaja. Saya biarkan saja kawasan meja saya gelap kerana saya senang membuat kerja di dalam keadaan gelap dan sunyi. Senang untuk saya menumpukan konsentrasi. Tidak ada orang yang mengganggu.

April 16, 2012

Cerita Seram : Memancing Di Pulau Belakang Mati

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu memancing di Pulau Belakang Mati. Ianya bermula semasa sekolah penggal ketiga, waktu itu saya sudah pun berada di menengah 4. Saya serta teman-teman saya bercadang untuk pergi memancing di Pulau Belakang Mati atau lebih dikenali sebagai Sentosa. Tempat yang ingin kami tujui agak terpencil dan dikatakan keras juga.

Kami menaiki feri untuk ke Pulau Belakang Mati. Tiba saja di pulau itu, kami terus menaiki monorel dan terus ke Fort Siloso. Untuk pengetahuan semua, ketika itu laluan terdekat merupakan jalan yang harus menempuhi curam yang tinggi, yakni tangga besi yang memang telah berada di pulau itu sejak dulu lagi. Silap langkah boleh membawa maut. Walaupun kami boleh menyusur tepi pantai tetapi ia lebih memenatkan dari menuruni tangga besi itu.

Sesampainya kami di sana, masing-masing pun melabuhkan punggung di tepi pantai. Tangan dan muka kami bercalar-calar akibat dicucuk tangkai-tangkai tajam semasa menuruni tangga besi itu. Dipendekkan cerita kami pun mula memancing. Matahari mulai condong dan suasana menjadi kelam. Tiba-tiba, joran saya disentap dengan kuatnya, begitu juga dengan teman-teman saya secara serentak. Tanpa membuang masa kami pun sambar joran masing-masing dan terus menarik ikan itu ke darat. 

Cerita Seram : Panggilan Dari Teman Yang Dah Meninggal Dunia

Tujuan saya cerita saya ini bukan lah untuk menakutkan dan mengaibkan sesiapa. Nama saya Naz, saya berasal dari sebuah daerah di Johor. Pengalaman yang ingin ceritakan ini berlaku pada beberapa kawan saya.

Perkara ini berlaku sekitar tahun 2001, ketika itu saya serta kawan-kawan sedang meniti alam remaja. Yelah pada zaman itu kami dalam suasana keseronokan. Pada akhir bulan Oktober pada tahun itu, saya dan kawan-kawan telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan saya yang telah disahkan berpunca dari serangan jantung. Bila dapat berita yang mengejutkan ini, saya serta kawan-kawan yang lain berasa amat terkejut kerana selama ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda dia sakit.

Setelah selesai memandikan, mengkafankan serta menyembahyangkan jenazah arwah, saya serta kawan-kawan yang ada turut sama menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Setelah jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikebumikan, salah seorang kawan saya yang bernama Din telah bertanyakan pada saya samada saya ada nampak telefon bimbitnya atau tidak. Saya mengatakan tidak nampak, mungkin dia tertinggal di rumah. Masa itu saya dan kawan-kawan hanya mampu pakai telefon bimbit Nokia 3310 sahaja. Untuk memujuk kawan saya pada masa itu, saya beritahu mungkin masa dia datang ziarah tadi dia tidak membawa telefon bimbitnya.

Januari 11, 2012

Kisah Seram Di Villa Taiping

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taping (Jalan temenggong) sekitar tahun 1990an...nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'...

Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu.

Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu.

Julai 21, 2011

Cerita Seram : Kisah Mamat Blues

Nukilan Bro Blues untuk anda di ZoOmartis @ Facebook :

Ramadhan Al-Mubarak dah menghampiri kita......dah ke kita prepare utk menghadapinya....Insya Allah tahun ni akan lebih baik dari tahun2 lepas....tapi kan apo yg bro blues nengok skrang blum pose pun dah ado iklan hari rayo......byk2 iklan yg bro blue suke iyolah.......Yuuuussuuuuffff Tayoooouuuub (dgn suare manje dierrr)....ahakz
Kali ni bro blues nak luahkan beberapa occassion yg ada kena mengena gan sekeliling kita.....baik dari segi Iman, Amal dan perbuatan kita yg kekadang x kita sedari melampaui batas dari norma2 syariat Islam

Ocassion 1 - Anak derhaka

Ni bro blues nengok sendiri gan mata kapla bro blues.....1 kejadian yg cukup mendalam & sampai skrang masih terngiang2 suare mamat derhaka kat telinga bro blues......cete ni bukan utk mengaibkan sesapa....cume utk kita jadikan ikhtibar & pengajaran dan bukan juga utk menunjuk2....cume utk kita jadikan dakwah kita sesama muslim & muslimah.....

November 19, 2010

Film : Sinopsis Filem Damping Malam

Sinopsis:

Mengisahkan WADI (36) dengan isterinya KU KHALIRA (32) yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang.