Nama saya Aza. Saya tinggal di kawasan Punggol. Tiga tahun lepas saya
baru berpindah ke rumah baru. Ceritanya begini. Saya tinggal dengan anak
saya yang baru berusia setahun, dan seorang pembantu rumah yang tidur
di bilik berasingan. Pertama kali kami diganggu, adalah minggu pertama
kami duduk di rumah baru kami. Malam itu, suami saya bekerja syif malam.
Tinggal saya dengan anak perempuan saya yang berusia setahun tidur di
bilik utama kami, dan pembantu kami tidur di bilik sebelah. Pada waktu
tu sekitar pukul 3 pagi, anak saya mula menangis. Macam biasalah, saya
fikirkan bahawa dia mahukan susu dan sekaligus saya akan tukarkan lampin
pakai-buangnya.
Selalunya, saya akan bangun dan keluar pergi ke dapur untuk membuatkan
susu untuk anak saya itu. Tapi malam itu, anehnya, saya tergerak hati
untuk menelefon pembantu rumah saya untuk membuatkan susu untuk anak
saya, sementara saya akan tukarkan lampin pakai-buangnya. Dia pun
mengangkat dan saya menyuruh dia buatkan susu. Dalam seminit selepas
itu, pembantu saya masuk ke bilik saya, memberikan saya botol susu anak
saya, sementara menanyakan saya, “Kak Ngah (panggilan nama saya dalam
keluarga suami saya) tadi terlupa tutup radio di luar ya?” Saya terfikir
sejenak. “Sejak bila aku dengar radio di ruang tamu pulak?”, terdetik
hati saya. Setahu saya, selalunya sejurus sahaja anak saya tidur, saya
akan menyusul masuk tidur selepas mandi dan solat Isyak. Tak pernah pula
saya nak dengar radio.
Radio, atau lebih tepat lagi, sistem bunyian di ruang tamu saya
mempunyai satu fungsi bernama “blueray soundbar” yang saya letak di atas
dinding, bawah tv. Saya perlu tekan butang "touchscreen" pada panel
sistem itu untuk hidup / matikan sistem itu atau menaikkan / menurunkan
tahap suara. Alat pengawal jauh pula tersemat di dalam bekas
yang saya
gantung di lengan sofa sebelah kanan. Pendek kata, tak mungkin sesiapa
boleh tertekan alat pengawal jauh itu dengan sendirinya. Selamatlah saya
suruh pembantu buatkan susu, kalau tak, saya yang lemah semangat ni
mesti cuak gila sey!
Selepas pembantu saya memberitahu saya yang radio luar tu bersuara, saya
lekas2 suruh dia keluar balik dan mematikan radio itu. Nasib baik
pembantu rumah saya yang saya panggil “Bibik” itu tidak takut orangnya
dan kuat mengaji di rumah saya itu. Dia pun keluar untuk mematikan radio
itu. Selepas itu saya tak boleh tidur! Saya telefon suami saya dan
memberitahunya tentang hal itu. Suami pula cuba menenangkan hati saya
dan berkata, mungkin sistem bunyian itu rosak. Saya pun membaca Ayatul
Kursi, Ayat Tiga Qul dan hidupkan surah “Al-Baqarah” di alat pemutar
ayat-ayat suci Al-Qur'an dan saya tidur bersama anak saya.
Keesokan malam, suami tak bekerja. Seperti semalamnya, anak saya
menangis sekitar pukul 3 pagi kerana dia hendak susu. Suami keluar pergi
dapur untuk menyiapkan susu. Tak sampai beberapa saat, dia pulang masuk
ke bilik semula, dan berbisik, “Dee, radio bunyi lagi...” Meremang bulu
roma saya. Dia terus keluar dan mengetuk bilik pembantu rumah saya.
Selepas dia kembali memberi botol susu kepada anak saya, kami menyuruh
Bibik duduk menemani anak kami sementara kami keluar untuk periksa
keadaan. Apabila kami hendak keluar bilik menyusul lorong ke ruang tamu,
suara radio kedengaran makin membesar!!! Kami memang rasa amat takut!!!
Lagipun sebab beberapa hari sebelum kejadian ini, pintu utama rumah
kami pernah diketuk tapi apabila saya buka, tiada orang!!!
Waktu itu, suami kerje syif petang, dan kejadian terjadi sekitar pukul
11 malam. Saya buka sebab memang menunggu suami pulang ke rumah pada
waktu itu. Bila telefon suami, dia baru turun MRT di stesen Punggol.
Saya dah naik takut jugalah. Apabila suami hendak masuk ke rumah, dia
terhenti di luar koridor kami. Dia memanggil saya untuk keluar jumpanya.
Apa yang kami lihat bertentangan bangunan rumah kami adalah tempat
letak kereta bertingkat.
Di tingkat empat bangunan itu, kami lihat
lembaga hitam sedang tegap berdiri di atas bumbung. Lama juga kami
perhatikan, sebelum membaca Ayatul Kursi, ayat Tiga Qul, dan pulang
masuk ke rumah kami. Kami akur, mungkin daerah rumah baru tentulah ada
makhluk2 yang menghuni sebelum orang2 masuk berpindah. Kami buat seperti
biasa sahaja. Malam tu pula anak kami tidak boleh tidur betul, tapi
kami sangkakan perut kembung.
Kembali kepada kisah awalnya. Kami matikan radio dan mencabut "plug"
utama. Suami mengambil keputusan untuk menghantar balik sistem bunyian
itu. Dia beri alasan, fungsi radio tak boleh tukar ke fungsi lain. Entah
apa dia kelentong dengan orang kedai, akhirnya dia dapat tukar kepada
yang baru. Susah juga, sebab kedai tak dapat jumpa sebarang kerosakan
pun. Semenjak malam itu kami akan pastikan bahawa suis utama akan
dimatikan jika kami tidak menggunakan sistem bunyian itu.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis