Memaparkan catatan dengan label Senario. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senario. Papar semua catatan

Mei 15, 2011

Gambar Perkahwinan Yassin Dan Farah !!!


Inilah gambar yang ZoOM jumpa di salah satu Facebook rakan ZoOM, thanks rodh sebab bagi ZoOM tengok gambar yang sudah pasti masih belum ada di pasaran ( blog dll ). Tahniah ZoOM ucapkan kepada Yassin Dan Farrah kerana telah menyempurnakan salah satu perkara yang perlu kita laksanakan sebagai umatnya.

Bertuahnya Yassin kerana menjadi suami kepada Farrah ( nama isteri Yassin ) menurut kawan kita di Facebook yang berkongsi dengan teman-temannya. Semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Julai 28, 2010

Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis !!!

Alahai abang Yaassin kita ni tak serik-serik lagi ke kena tangkap. Nasib baiklah boleh kena jamin keluar kalau tak tidur la dalam bilik besi tu.Harap-haraplah lepas ni beliau akan sedar kesilapan yang telah berulang kali berlaku.


Apa kata anda ?

November 28, 2009

(Filem)Senario The Movie Episode 2: Beach Boys !!

Filem : Senario the Movie Episod 2 : Beach Boy
Genre : Komedi
Bahasa : Bahasa Melayu
Pengarah : Ahmad Idham
Pelakon : Azlee, Mazlan, Wahid
Tarikh tayangan : 19 November 2009






Baca Selanjutnya

Sinopsis:



Dalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Ariba Ariba Resort sebagai destinasi pilihan. Melalui gambar dan info-info yang diberi, Ariba Ariba Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.

Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.

Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Ariba Ariba Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal disitu selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun giat memulakan operasi untuk memajukan resort tersebut sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu. Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar dari resort itu, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya semula memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah di dalam satu lokap bersama Remy dahulu kerana cubaannya menipu seorang datin. Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah.

Apakah Qasidah dapat diselamatkan? Bagaimanakah mereka mengharungi kesukaran demi kesukaran untuk menyelamatkan Qasidah? Saksikan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys untuk mengetahui kesudahannya.

Babak-babak Dalam Filem Ini :