Memaparkan catatan dengan label Botox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Botox. Papar semua catatan

Oktober 28, 2009

(Hollywood) JENNIFER ANISTON Menyesal Suntik Wajah !!!!


Ini kisah Artis "Hollywood" , zoom "post" artikel ini untuk tatapan gadis-gadis, isteri-isteri dan insan yang bernama wanita jika mempunyai keinginan mencantikan wajah melalui suntikan. Malah ini juga menjadi pengajaran kepada wanita di malaysia yang telah Menyuntik wajah. Perbuatan menyuntik bahan kecantikan ini banyak keburukan daripada kebaikan.Sama-samalah kita renung dan bayangkan kesan penggunaan bahan ini...!!!!



Baca Selanjutnya

SEPERTI yang diketahui umum, aktres jelita Jennifer Aniston pernah membuat pengakuan bahawa dia ada membuat suntikan penghalusan kulit dan kemudian menyesal dengan tindakan itu.

Kata Jennifer, suntikan itu boleh memberi kesan kepada emosi seseorang dan ia benar-benar berlaku terhadap dirinya.

"Bila melihat seorang wanita, kita tahu yang mereka bukan muda lagi, cuma kita sukar untuk mengagak berapakah usianya. Lagipun suntikan boleh memberikan kesan kepada kita," ujarnya kepada Contactmusic.

Selain daripada pembedahan kosmetik, aktres berusia 40 tahun itu berbangga dengan tubuh badannya yang sentiasa diisi dengan menu makanan yang sihat.

Jennifer yang juga merupakan bekas isteri Brad Pitt berkata penjagaan makanan serta bersukan mampu mencantikkan keseluruhan tubuh badan wanita.

"Saya sedar bila saya makan burger dan kentang goreng setiap hari, saya tak mungkin akan mendapat tubuh badan seperti yang diinginkan. Lagipun seorang pelakon perlu menjaga berat badannya. Bagaimanapun saya takut dengan suntikan botox. Setakat ini terlalu banyak teman saya yang merana kerana botox," katanya.

APA KOMEN ANDA ????

Ogos 01, 2009

(Celebrity News) Ning Baizura Elak Guna "BOTOX"



Jadi tren bila ramai artis sanggup mendapatkan khidmat pakar botox untuk cantik ekspres terutama apabila usia mula meningkat. Konon untuk hilangkan kedutan yang mula kelihatan di muka. Kedutan itu satu anugerah Allah untuk kita manusia supaya ingat usia semakin lanjut dan bertaubat. Tapi bukan isu agama yang nak dibangkitkan di sini.

Kalau dilihat wajah artis kita sekarang ni, banyak perbezaan dapat dilihat berbanding sewaktu mula-mula penampilan mereka di media. Mungkin terlampau banyak pakai produk kecantikan sehingga kulit yang dulu tak berapa licin dah jadi halus bak sutera.

Ning Baizura, 34, satu ikon yang dilihat begitu mementingkan kecantikan dan sentiasa kelihatan eksotik pada pandangan mata umum. Biarpun usia mencecah 34, namun Ning masih mengekalkan kecantikan asli, bermakna tiada sebarang suntikan digunakan untuk mengubah ciptaan Tuhan.

"Saya tak akan guna botox, takut wajah saya nampak menakutkan.

"Seboleh-bolehnya saya akan elak gunakan laser untuk hilangkan kedutan walaupun cara itu mudah dan cepat. Bila makin berusia saya perlukan sesuatu yang dapat elak tanda penuaan tapi mestilah secara semulajadi," ujar Ning sambil ketawa apabila ditanya mengenai tren artis yang gemar mendapatkan suntikan Botox untuk kelihatan cantik segera.