Memaparkan catatan dengan label Bintang RTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bintang RTM. Papar semua catatan

Januari 27, 2011

Alyah Dan Artis Lain Di Felda Sahabat 3 Lahad Datu !!

Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29 telah membuat persembahan di Felda Lahad Datu Sabah dan menurut info di Metro beliau diundang oleh RTM untuk program Rentas Desa Ke Desa Felda. Nak dijadikan cerita Lahad Datu adalah tempah kelahiran ZoOm, boleh tahan juga Alyah ni boleh datang ke Lahad Datu untuk menghibur penduduk diluar bandar. Untuk makluman kawasan Felda dikelilingi oleh kelapa sawit dan perjalanan daripada Bandar Lahad Datu mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Felda Sahabat 3.

Selain daripada Alyah, Rini AF dan artis baru daripada bintan RTM seperti Seri Dewi, Fitri yang datang menghiburkan peneroka, penduduk dan pekerja di Felda Sahabat 3. "WELL DONE", walaupun hanya datang selama 4 hari namun ia sudah pasti cukup untuk memeriahkan majlis dan sudah tentu peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan artis pujaan mereka.

Berikut serba sedikit biodata Alyah ni : 

Disember 30, 2009

(Gossip) Zamzarina Tidak Berhak Pindah Sekolah Anak


Kisah pergolakan rumah tangga pengacara TV RTM ini semakin diperkatakan oleh sesetengah pihak di media massa dan cetak amnya.Sudah tersurat sebagai selebriti di Malaysia akan terkena tempias jika ada berlaku cacat cela.Mari kita ZoOm kisah anak dan keluarga Pengacara ini..



Baca Selanjutnya

Zamzarina Zambri, 36, pengacara rancangan Apa Kata Wanita terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), tidak berhak memindahkan anak-anaknya ke sekolah lain sebelum mendapatkan hak penjagaan daripada mahkamah.

Bekas suami, Adnan Derahman, 37, memberitahu bahawa Zamzarina telah mengisi borang hak penjagaan menggunakan butiran palsu kepada pihak sekolah bagi membolehkannya melakukan pemindahan ketiga-tiga anak mereka iaitu Adriana, 14, Adam, 10 dan Alif, 7.

"Pihak sekolah tidak benarkan untuk memindahkan anak-anak ke sekolah lain selagi mahkamah belum menentukan hak penjagaan. Tapi pada 23 Disember lalu, dia telah ambil kesempatan semasa saya berada di luar negara untuk mengisi borang hak penjagaan dan membuat pengakuan palsu bahawa saya tidak tidak dapat dihubungi. Dia faham akan perkara ini, dia tidak perlu buat dengan cara menipu untuk ambil anak-anak. Saya tidak mahu mereka dipindahkan memandangkan Adraina bakal mengambil PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan bimbang pembelajaranya terganggu," ujar Adnan.

Tambah Adnan, selepas berpisah dua tahun lepas dia dan Zamzarina bergilir-gilir menjaga anak-anak mereka.

"Pagi tadi (semalam) saya ambil anak-anak di rumah barunya di ibu negara, dan pulangkan pada jam 6 petang tadi. Selama ini memang tiada masalah sebab dia juga tinggal di Shah Alam tapi sejak berpindah ke Kuala Lumpur dia bawa sekali mereka dan pindahkan luar pengetahuan saya. Apa yang penting adalah adab untuk ambil anak-anak, saya boleh bagi kerjasama dengan baik kalau dia boleh bertolak-ansur," kata Adnan yang selama ini bertanggungjawab menjaga anak-anaknya.

Ekoran itu menurut Adnan, dia dalam proses menfailkan saman terhadap Zamzarina dalam masa terdekat ini.

"Tengoklah dalam masa terdekat ini saya akan failkan saman atas beberapa sebab tertentu dan saya akan berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan tersebut," katanya.

Terdahulu, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 30 November setelah Zamzarina didakwa membawa keluar Adraina, Adam dan Alif dari rumah Adnan dan laporan kedua di Seksyen 6 pada 23 Disember kerana cubaan menukar ketiga-tiga anaknya itu ke sekolah lain.

Dalam pada itu, usaha untuk menghubungi personaliti RTM itu gagal, namun melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar, dia tidak mahu memberi sebarang komen atas nasihat peguamnya. Menurut Zamzarina tiada isu yang perlu dibangkitkan tentang perkara ini dan anak-anak masih lagi berjumpa bekas suaminya.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata daripada aspek perundangan syarie, Zamzarina tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mahkamah sendiri belum memutuskan siapa yang ada hak di atas penjagaan anak-anak mereka. Namun begitu mereka disarankan untuk mengemukakan tuntutan penjagaan anak ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut ini.

Apa kata anda !!?

Jun 30, 2009

(Celebrity News) Erni Juara Bintang RTM dan Termuda


NUR ERNIE Shahirah Zakri atau Ernie adalah peserta paling muda dalam pertandingan akhir Bintang RTM 2009 (BRTM2009) dan atas faktor itu dia seperti kurang diberikan perhatian kerana tumpuan adalah terhadap Jo-Anna Sue Henly Rampas (Anna) dari Sabah.

Bagaimanapun, itu semua tidak dijadikan sebagai kekurangan pada dirinya. Berbekalkan semangat yang tinggi, keyakinan dan keberanian, Ernie, 17 menerusi lagu Cahaya dan Kau Yang Istimewa, namanya kemudian diumumkan sebagai Juara Bintang RTM bagi edisi 2009 dalam pertandingan akhir yang diadakan di Stadium Negara, Ahad lalu dan disiarkan secara langsung menerusi TV2.


Zoom Comment : Tahniah Di Ucapkan,Selamat Datang Ke Dunia Hiburan Tanah Air..Semoga perjuangan anda akan berjaya,Jangan Ikut Kakak-kakak,Makcik-makcik atau Mak Jan Kat Luar Tue Macam-macam citer..Good Luck Adik Erni.

Mei 25, 2009

Bintang RTM Pun Ada Awek Cun Dan Hot!!!


Kami tahu anda tak tahu yang bintang RTM ada awek yang cun melecun macam nie. Rasanya dah tak ada orang tengok RTM dah kot. Semua pun layan Astro.

Nama awek bintang RTM di atas ialah Jo-Anna Sue Henley Rampas. Ha amik kau panjang gile nama dia. Asalnya orang Dusun, Sabah kalau tak silap. Memang cantik-cantik orang Sabah Sarawak nie.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, sila cairkan diri anda dengan melihat lagi gambar Jo-Anna Sue Henley Rampas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Asyik-asyik layan AF7 ngan OIAM je, jom kita layan Bintang RTM plak

Huh...Hot And Hottiesss

Info : BNara Blog



April 11, 2009

Ju Ann Win RTM Contest






Biodata:
NAME: JO – ANNA SUE HENLY RAMPAS
AGE: 20 TAHUN
TARIKH LAHIR: 24 MAC 1989
NO. K.P: 89032*******
ALAMAT: KOTA KINABALU, SABAH
TINGGI/ BERAT: 168 cm / 53kg
AGAMA / BANGSA : KRISTIAN / EURASIAN ( BRITISH +DUSUN)
PEKERJAAN: STUDENT COLLEGE
HOBBY : MEMBACA, MENYANYI, WINDOW SHOPPING, SURF INTERNET
PENGALAMAN DLM. BIDANG SENI : PENYANYI SAMBILAN DI PUSAT KEBUDAYAAN NEGERI SABAH