Memaparkan catatan dengan label alyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alyah. Papar semua catatan

Januari 31, 2012

Jawapan Datuk Ramli MS dan Alyah Mengenai Gossip Mereka Akan Berkahwin

BELUM reda pujian menggunung diberikan kepada penyanyi Alyah impak vokal hebatnya dan kejayaannya membawa pulang trofi Anugerah Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26, timbul pula khabar angin kononnya Alyah bakal dilamar dalam masa terdekat.

Orang yang didakwa bakal melamar Alyah itu bukan calang-calang orang tetapi pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.

Jun 11, 2011

Alyah melecur terkena Air Panas !!!


Nampaknya badi Artis Malaysia terkena air panas berpanjangan lagi kerana baru sebentar tadi ZoOm terbaca cerita yang menyatakan Alyah yang terkena air panas daripada pinggang sehingga kaki. Info ini ZoOM dapat daripada laman popular MURAI yang sentiasa mengikuti perkembangan artis.

Namun kesahihan belum dapat dipastikan kerana bukti ( gambar ) belum berjaya ZoOM jumpa, jika dah ada nanti ZOOM akan share dengan pembaca di ZOomartis @ Facebook. Namun berikut "Statement" wartawan tersebut mengenai artis terkena air panas.

10 JUN 2011: Kalau korang terkejut bila baca tajuk ni, Murai Batu lagi lah terkejut beruk. Apa tidaknya, berita ni baru saja teman Murai Batu terima daripada pengurus kepada penyanyi comel, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan yang khabarnya sedang dirawat di klinik sekarang ini. 
Ceritanya begini, teman Murai Batu cuba telefon Alyah pagi tadi sebab nal

Jun 10, 2011

Gossip Ramli MS bercinta dengan Alyah !!


Menurut info Harian Metro yang menerima maklumat daripada sumber tertentu mengatakan Ramli MS dan Alyah sedang dilamun cinta. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan kerana ia masih menjadi tanda soal kepada peminat seni diluar sana. Abang Ramli MS kita dan Alyah dikatakan mula membina benih-benih cinta ketika Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di Genting baru-baru ini.

Sejak hari tersebut mereka bertukar-tukar nombor HP dan saling bergayut dan ber "SMS"( menurut sumber tau). Dan gossip diperkuatkan lagi apabila ada Paparazi @ Mamarazi yang ternampak kelibat Ramli MS dan Alyah di lokasi terkenal di Singapura.

Dan paling menariknya sumber mengatakan abang Ramli MS kita nak bawa Alyah berjumpa keluarga beliau di Singapura malahan Alyah turut ingin melakukan benda yang sama ( Opsssss panas ).

Namun berikut jawapan Alyah mengenai gossip ini :

Januari 27, 2011

Alyah Dan Artis Lain Di Felda Sahabat 3 Lahad Datu !!

Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29 telah membuat persembahan di Felda Lahad Datu Sabah dan menurut info di Metro beliau diundang oleh RTM untuk program Rentas Desa Ke Desa Felda. Nak dijadikan cerita Lahad Datu adalah tempah kelahiran ZoOm, boleh tahan juga Alyah ni boleh datang ke Lahad Datu untuk menghibur penduduk diluar bandar. Untuk makluman kawasan Felda dikelilingi oleh kelapa sawit dan perjalanan daripada Bandar Lahad Datu mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Felda Sahabat 3.

Selain daripada Alyah, Rini AF dan artis baru daripada bintan RTM seperti Seri Dewi, Fitri yang datang menghiburkan peneroka, penduduk dan pekerja di Felda Sahabat 3. "WELL DONE", walaupun hanya datang selama 4 hari namun ia sudah pasti cukup untuk memeriahkan majlis dan sudah tentu peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan artis pujaan mereka.

Berikut serba sedikit biodata Alyah ni : 

Februari 21, 2010

(Gossip) Lirik Lagu syirik Alyah menjadi konterversi !!


Belum reda dengan gossip Freemason pada Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, alyah kembali di kalut dengan gossip terbaru mengenai lirik lagu "Realiti Dewi" yang dikatakan mempunyai lirik yang boleh dikategorikan syirik.Ikuti luahan anak muda ini mengenai gossip terbaru di bawah,

Lirik lagu Realiti Dewi dikatakan mempunyai maksud yang boleh memesongkan akidah kerana mempunyai unsur pemujaan terhadap dewa-dewi.
Antara bait-bait lagu tersebut ialah "Kaulah dewa yg aku puja, bukalah hatimu untuk cinta. Aku dewi yg kau merindupencinta yg setia, oh sayangku".
Menurut Alyah, dia sedar tentang perkara itu namun baginya semua itu terletak kepada niat sebenar dan hanya sekadar berhibur.
"Saya telah diberitahu tentang perkara itu tapi bagi saya ia hanya sekadar untuk berhibur. Apa juga yang kita buat bergantung kepada niat.
"Bagi saya tiada unsur syirik jika kita tidak berniat begitu. Lagipun bukan saya yang buat lirik tersebut dan saya pasti semua itu just for fun sahaja," ujar Alyah.
Menurutnya lagi, jika dilihat senario drama-drama tempatan sekarang banyak yang berunsur dewa-dewi namun masih boleh diterima masyarakat.
"Saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana drama-drama dan filem tempatan banyak yang berunsurkan dewa-dewi, kayangan dan sebagainya tapi masih lagi diterima masyarakat," ujarnya yang bakal merakamkan album terbarunya bulan hadapan.
Sementara itu, menurut gadis berasal dari Johor ini, dia masih mengetahui batas-batas agama Islam yang telah dipelajari sejak dari kecil lagi.
"Saya masih tahu batasan sebagai orang Islam, saya dibesarkan dengan ajaran agama Islam dan bersekolah agama.
"Saya masih tahu halal haram dalam agama terutamanya hukum-hakam berkaitan syirik ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, video klip bagi Realiti Dewi bakal diedarkan minggu hadapan yang juga merupakan penutup bagi albumnya yang berjudul Alyah.
"Promosi untuk album Alyah sudah tamat, video klip Realiti Dewi adalah terakhir untuk album tersebut. Sekarang saya mahu tumpukan kepada album baru.
"Album ini akan memuatkan lima buah lagu dan setakat ini sudah mendapat kerjasama dengan komposer Azlan Abu Hassan, Aidit Alfian dan Omar K," ujarnya yang tidak mengunakan khidmat Ajai untuk album kali ini.
Dia yang mengambil langkah berani menerbitkan sendiri album terbarunya menganggap setiap langkah yang diambil mempunyai risiko tersendiri.
"Saya sudah 10 tahun dalam industri ini, macam-macam perkara manis dan pahit telah saya lalui, saya mengambil masa yang lama untuk popular. Saya tidak mahu menunggu lebih lama lagi untuk keluar album.
"Harapan saya ialah supaya nama saya masih lagi berada di industri hiburan untuk album seterusnya nanti," ujar Alyah yang masih lagi berehat dari sebarang aktiviti seni sebelum memulakan rakaman album terbarunya.

Februari 01, 2010

(Gossip) Seksinya Alyah ni !!!

Jika anda perasaan si Alyah ni, semakin lama pakaiannya memang mengikuti perkembangan dunia Fesyen.Tetapi perlukan memakai fesyen atau "Trend" terkini untuk beraksi di depan "Public", Zoom malas nak komen banyak-banyak...Anda di Zoom artis je la komen k...Tapi komen la membina sikit..!!! Thanks..!! nak baca "statement" sila baca di bawah..!!



Baca Selanjutnya

Alyah sanggup melakukan apa sahaja demi fesyen dan mahukan penampilan yang menarik. Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif. Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.


“Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”


“Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu. Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”
kata Alyah..


Disember 25, 2009

(Gossip) Fesyen apa Alyah pakai ni ??



ZoOm pun pelik kenapa sampai macam tu sekali Fesyen rekaan Jeffriey Ibrahim ( info ) ni, kesian kat Alyah kalau betul la ini rekaan Jeffriey Ibrahim. Nak buat macam mana dah tema program masa tu kot. Jum komen pakaian Alyah dan rekaan Jeffriey Ibrahim ( kalau betul ...je ) ni ?



Baca Selanjutnya


Jun 04, 2009

(Gossip) Pakaian Singkat Menjadi Pilihan Alyah Untuk Konsert Jom Heboh


Mungkin artis baru ini kurang sensitif dengan soal pakaian ketika menjaya’kan konset Jom Heboh bersama Tomok OIAM baru-baru ini. Malam tadi, Zoom Admin berkesempatan menonton konsert tersebut di’ TV3, pada mula’nya kami tidak endah’kan sangat mengenai cara pemakaian Alyah, namun setelah beberapa kali melihat susuk tubuh yang sama, baru kami sedar yang pakaian Alyah tidak begitu sesuai untuk konsert Live sebegitu.

Berpakaian seperti artis kelab dangdut, dress liplap-liplap paras peha menjadi pilihan Alyah, yang hairan’nya kami tertanya-tanya akan motif kewujudan sehelai kain hitam di’belakang badan’nya. Mungkin juga Alyah ingin menjadi watak dalam filem ‘my super ex-girlfriend‘.

Teguran buat Alyah, berhati-hati ketika memilih pakaian untuk konsert Live, di’ kelab malam mungkin anda boleh berpakaian sebegitu, namun di’ konsert Live, kurang elok..



Info : Oh BUlan