Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1/2 cawan lobak masin halus
1/2 cawan udang kecil - dibersihkan
1/2 isi ayam cincang
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 tangkai cili merah - dikisar
1/2 cawan kacang pis
4 kelopak kubis - dipotong halus
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1 kiub pati ayam
1 pokok daun bawang - dipotong halus
1 pokok daun saderi - dipotong halus
2 keping ikan kurau masin - digoreng dan tumbuk kasar
3 sudu besar bawang goreng
3 keping roti putih - dipotong dadu, goreng dan tuskan
Bahan-bahan yang perlu disatukan:
2 sudu besar marjerin
2 sudu minyak masak
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak yang dicampur marjerin di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, udang dan lada sulah.
3. Masukkan kiub pati ayam. Kacau rata sehingga kiub ini hancur.
4. Masukkan pula kubis dan lobak masin. Kacau hingga ayam masak.
5. Campurkan nasi dan kacang pis.
6. Masukkan juga potongan daun bawang dan ikan masin.
7. Balik-balikkan dan alihkan ke dalam pinggan.
8. Ketika hendak menghidangkan nasi ini, tabur bawang dan roti goreng di atasnya.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis