Februari 22, 2012

Mikha Tambayong Pelakon Sinitron Nada Cinta Datang Ke Malaysia


Inilah gadis yang sering menghiasi kaca TV anda setiap petang, Sinitron yang menjadi bualan dan tontonan rakyat Malaysia semakin menjadi perhatian. Tanpa diduga artis seberang ini terkejut kerana ramai penonton sedar akan kehadirannya di layar TV yang menarik minat golongan muda untuk menyaksikan telatah budak-budak sekolah daripada seberang.
Mungkin kerana wajah keanak-anakan menyebabkan dia menjadi carian dilaman sosial, gandingan beliau dengan Ricky(Nama dalam Nada Cinta) sebagagai pasangan kekasih  mungkin menyentuh perasaan segelintir peminat beliau. Namun apa-apa pun berikut jawapan gadis ini apabila ditanya oleh wartawan :
Mikha,18, berkata dia hanya mengetahui dirinya popular apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.
"Setiap hari akan ada pengikut baru dan mereka akan tweet memberitahu sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke sini," 
Tambahnya, dia juga tidak pernah mengetahui drama bersiri hampir 200 episod lakonannya itu telah ditayangkan di Malaysia kerana ia telah selesai dimainkan di negaranya.

Mikha memberitahu, peminat-peminatnya di sini yang memaklumkan mengenai perkara itu dan dia melahirkan perasaan cukup gembira dengan penerimaan masyarakat di negara ini.
"Saya cukup bertuah dapat dikenali di negara ini kerana masih banyak bintang-bintang di Indonesia yang ingin mencipta nama di sini," ujarnya.
Dalam pada itu, Mikha berkata, dia rasa begitu teruja apabila bakal beraksi dalam pementasan teater Gerimis Mengundang di samping pelakon Kamal Adli dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.

Dan untuk pengetahuan anda Teater Gerimis Mengundang di Istana Budaya bermula 27 Mac hingga 4 April depan, dan tiket boleh didapati di :
www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Box Office Istana Budaya.

 
Dengan Harga RM35 hingga RM305


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!