Februari 22, 2012

Hari Ini Genap 20 Tahun Pemergian Arwah Sudirman Hj Arshad

Masa berlalu dengan pantas dan tanpa menoleh kebelakang lagi, begitu jugalah masa kegemilangan arwah Sudirman yang masih dalam ingatan masyarakat Malaysia Khasnya. Bagi anda yang tidak mengetahui tarikh hari ini 22 hb Februari ialah tarikh pemergian arwah kepada yang Maha Esa.

Berita pemergian beliau berkumandang di corong Radio Rangkaian Nasional Pada 1 pagi (sekarang ini 1 pagi semasa ZOOM menaip post ini).

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan ramai yang tidak dapat menahan air mata disaat menerima berita sedih ini, ini terbukti kerana sehingga kini masih belum ada anak jati Malaysia yang dapat menandingi kehebatan dan kemasyuran beliau suatu ketika dulu.

Dan berikut beberapa info mengenai awrah buat bacan anda di ZOOmartis :


Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.

Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.

Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.

Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.

Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.

EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Initerbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.



erjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.

Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.

Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!