Disember 31, 2010

Tania Hudson menghidap Asma dan Pendarahan otak

ZoOm pun baru tahu mengenai penyakit Tania Hudson adik kepada pelakon, Natasha yang kini berusia 25 tahun dan bercita-cita seperti kakak beliau. Namun semua itu mungkin sukar dicapai dengan keadaan beliau ketika ini. Ikuti luahan gadis ini mengenai penyakitnya.



“Memanglah susah apabila berpenyakit kerana saya perlu berlakon demi sesuap nasi. Sebenarnya selain pendarahan dalam otak, saya juga menghidap asma tetapi saya anggap apa yang berlaku sebagai satu ujian. 


“Bagaimanapun, saya tidak suka menggunakan penyakit untuk meraih simpati. Selagi saya termampu untuk bekerja, saya akan buat tetapi jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya akan mendapatkan pelepasan dari pihak produksi. 
“Saya tahu keadaan itu akan menyusahkan pihak produksi apabila saya tidak dapat hadir ke sesi penggambaran pada saat akhir. Cuma setakat ini saya masih belum lagi menyusahkan mereka. Bagi memastikan penyakit tidak berulang, apa yang penting saya perlu mendapatkan tidur mencukupi,” kata Tania yang diberi kepercayaan membintangi drama bersiri Tiramisu yang mengisi slot Akasia bergandingan dengan Pierre Andre, Sharifah Amani dan Zain Ruffedge.