Tak taulah apalah yang mereka tak suka dengan Farah ni, baru menaiki pelamin indah sudah timbul desas desus mengenai Farrah hamil sebelum naik pelamin. IKuti luahan seorang ibu mengenai anak kesayangan beliau.Apa-apa pun Zoom sentiasa mendoakan semoga pasangan ini kekal hingga ke akhrir hayat...dan apa kata anda mengenai si penabur fitnah tersebut.
Farah tidak tinggal bersama-sama keluarga sebaliknya menyewa bersama rakannya, namun Farizah sentiasa memerhatikan dan mengambil berat tentang anak perempuan tunggalnya itu.
“Saya selalu perhatikan Farah setiap hari, memang badannya naik mendadak bermula Mac lalu kerana dia seorang yang berselera makan.
“Tak sangka pula orang boleh tohmah dia seperti itu. Sebagai seorang ibu, apabila badan dia berisi saya tengok perutnya tiada pula apa-apa perubahan,” ujarnya kepadamStar Online ketika majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan Farah dan Megat pada 12 November lalu di Tropika, Bukit Jelutong di sini.
Tambahnya: “Mentang-mentanglah kita buat perbincangan perkahwinan senyap-senyap, terus orang buat cerita seperti itu. Semasa perbincangan dibuat, hanya keluarga dan jiran tetangga yang tahu.
“Biar apa pun orang katakan, Farah sangat cekal. Tetapi sebelah pihak lelaki mesti berasa malu. Bonda Megat ada mengatakan fitnah yang dilakukan itu merupakan suatu dosa besar berbanding membunuh. Jadi, siapa yang melakukan fitnah itu kena tebus semula dosa yang dilakukan.”
Info : Mstar