Oktober 15, 2010

Gossip Statement Kak Pah Pakai Tudung Sebab Gigi Sakit

Boleh tahan juga panas gossip statement kak pah pakai tudung sebab gigit sakit ni, malas nak komen kalau rajin pergi la survey...Apa pun dekat bawah ni ZOom sertakan statement dah highlight ayat panas tu....baca dan komen je la..
13 OKT 2010:
Datuk Sharifah Aini sudahbertudung? Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihatkehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidangmedia Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini.Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hoteltersebut.
Bila soalan ini diajukan kepada biduanita negara kesayangan ramaiini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah hanyatersenyum.
"
Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebabtak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailahtudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung,Kak Pah tak boleh nak jawab.
"Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab keranaterpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahujadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang.Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).
"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dahbetul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan keranasesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya kepadamurai.com.my.
Bercerita tentang Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang yangbakal dijayakannya bersama 2 artis undangan iaitu Datuk Ahmad Jais danSyazliana di Pacific Ballroom Level 2, Hotel Seri Pacific pada 31Oktober 2010 ini, Kak Pah berkata, dia sebenarnya amat excited untukmenjayakan majlis makan amal ini.
"Majlis makan malam amal ini merupakan kesinambungan kepadabeberapa majlis makan malam amal yang pernah Kak Pah lakukan dulu.Tujuannya adalah untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada beberaparumah tahfiz.
"Untuk Majlis Makan Malam Juita ini, Kak Pah akan cuba mengutipdana untuk dua buah rumah tahfiz iaitu di Madrasah Tahfiz BaitulMahabbah di Shah Alam, Darul Uloom Islamiah di Taman Seri Petaling.Mudahan-mudahan ramai yang akan memberikan sokongan terhadap usaha KakPah ini.
"Kalau ikut perancangan, Kak Pah pada mulanya nak buat Majlis MalamMalam Amal Juita ini pada 15 Oktober yang lalu. Tapi, atas sebab-sebabyang tak dapat dielakkan, Kak Pah terpaksa menunda serta mengubahtarikhnya keoada 31 Oktober.
"Untuk pengetahuan semua juga, Kak Pah dah buat 2 shoe sebelum ini.Kak Pah ada 3 lagi show nak buat sebelum Kak Pah berangkat tunaikanhaji pada 3 November akan datang.
"Shoe tersebut adalah show untuk Astro pada 4 Oktober nanti dansatu lagi private function pada 28 Oktober dan yang terakhir adalahMajlis Makam Malam Amal Juita ini," katanya.
        Sambung Kak Pah lagi, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mengambil Datuk Ahmad Jais dan Syazliana sebagai penyanyi undangan.
"Kak Pah ambil Abang Mad (panggilan untuk Datuk Ahmad Jais) sebabdialah yang selalu backing saya waktu saya mula-mula menyanyi dulu. Diabanyak bantu saya. Tentang Syazliana pulak, sebab Kak Pah rasa diaseorang penyanyi muda yang berbakat dan boleh pergi lebih jauh lagidalam bidang ini," katanya.