Mei 27, 2010

Anne Tunai Umrah Selepas Bercerai !!!!

Zoom kesian tengok Anne ni, sudah beberapa kali Zoom "Post" mengenai kisah beliau di Zoomartis, kenapalah pasangan ini berpisah....Mungkin sudah ditakdirkan olehnya, namun zoom tabik dengan Anne kerana masih cekal meneruskan kehidupan walaupun berbadan dua.Semoga anda akan ceria selalu bersama anak-anak dan keluarga tersayang.Marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau akan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang..Semoga dengan niat beliau untuk mengerjakan umrah akan mendapat hidayah darinya...Insyalllah...!!


Apa kata anda di Zoomartis ??
Apa perancangan Anne kini?


Pada 26 Mei ini, saya akan mengerjakan umrah mengikut rombongan. Saya tahu, beribadat di mana-mana pun sama. Tapi di sana saya nampak cahayanya dan hasrat ini sudah lama saya inginkan. Sudah dua kali saya ingin mengerjakan umrah dan Alhamdulillah, keinginan buat kali ketiga ini termakbul. Kebetulan tarikh itu adalah ulang tahun pernikahan saya.