Mungkin kerana kesian dengan masalah yang Iwan AF8 hadapi membuatkan ramai pengundi berpihak kepada beliau.Setiap kali Zoom melihat Diary AF pastinya ada je adegan iwan ini mengadu masalah tekak yang menghantuinya..mari kita baca cerita artis yang masih menuntut di Akademi fantasia 8 ni.
MASALAH sakit tekak yang terus membelenggu peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan sehingga gagal memberikan persembahan memberangsangkan mendapat perhatian Pengetua AF8, Norman KRU.
Norman KRU berasa kesihatan yang kurang baik memang mengganggu prestasi Iwan sehingga peminat mula hilang minat terhadapnya.
Ini terbukti melalui hasil undian khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi minggu keenam AF8 yang tidak memihak kepadanya. Dia berada pada kedudukan kedua tercorot dengan hanya meraih 11.88 peratus undian SMS walaupun peserta dari Seremban itu dilihat antara pelajar favourite dari segi ranking dan kedudukannya memang konsisten.
"Walaupun AF8 telah masuk minggu keenam, Iwan masih lagi diganggu dengan masalah sakit tekak. Kita sedang mencari pakar lain untuk mendapatkan second opinion. InsyaAllah, kami akan cuba cari jalan untuk membaiki keadaan ini.
"Saya difahamkan masalah itu merupakan perkara biasa. Kadang-kala masalah kesihatan merupakan faktor yang membuat prestasi mereka terumbang-ambing. Kalau kita tengok, jika penyanyi luar negara tidak sihat, mereka boleh batalkan konsert," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan minggu keenam AF8 pada Ahad lalu.
Zoom: Apa kata anda mengenai artis ni ?