April 11, 2010

Ash dan Dira sedang menunggu pengesahan cerai

Iskkk Iskk... khabar angin sebelum ini yang bertiup kencang akhirnya terbukti berjaya meruntuhkan mahligai indah pasangan itu.Bukan sekadar "Omong Kosong" kerana ia sudah terbukti dengan pengakuan mereka mengenai status suami isteri yang bergolak di landa ribut.


Baca je la Gossip di bawah ni:-




TIADA apa lagi yang disembunyikan apabila Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash, 27 mengesahkan rumah tangganya bersama finalis bagi kategori Artis Baru Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009), Dira Abu Zahar, 26, memang tidak dapat diselamatkan.
Bahkan Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah. “Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.

Pengakuan Ash itu sekali gus menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Dira. Kelmarin ketika ditemubual dalam ruangan Jawablah, Dira menafikan rumah tangganya bergolak. Dira menegaskan kehidupannya bersama Ash bahagia walaupun mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Dira dan Ash mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahu lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra.

Begitu pun, desas desus mengatakan rumah tangga mereka sebenarnya agak goncang dan kedua-duanya pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung. Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Namun, niat suci itu tidak kesampaian. Pertemuan Hip dengan Ash Sabtu lalu ketika dia terbabit dengan sesi raptai penuh ABPBH2009 persembahan bersama Azlan & The Typewriter merungkai sedikit gejolak perasaannya.