April 11, 2010

Apa kata D. Siti Nurhaliza mengenai produk Simplysiti !!!



"Saya memang obses dengan kecantikan sejak kecil dan kerana itu saya mahu menerokai bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan saya sendiri.


"Saya amat yakin dengan SimplySiti kerana saya sendiri terlibat dengan produk ini dari mula sehingga akhir.
"Ini bukan perkara main-main dan saya memang benar-benar serius dengan SimplySiti kerana ini 'bayi' pertama yang harus saya jaga serta pelihara dengan baik," ujar Siti dalam nada tegas




"Jadi, untuk SimplySiti, saya sudah bersedia untuk berhabis-habisan kerana didokong oleh suami serta rakan kongsi yang mempunyai pengalaman berniaga.


"Dunia bisnes banyak cabaran dan semuanya perlu dilalui dengan positif dalam mengecapi kejayaan.
"Ini baru permulaan dan saya akan melakukannya secara perlahan-lahan sebelum mendapat hasilnya nanti," ujarnya yang akan sibuk sepanjang tahun untuk mempromosikan SimplySiti.
Memakan masa selama dua tahun untuk dihasilkan, akui Siti, penghasilan SimplySiti dilakukan dengan penuh teliti kerana dia enggan berkompromi soal kualiti.


Sepanjang tempoh itu juga, Siti kerap berulang-alik ke Seoul, Korea untuk melihat sendiri proses pembuatan SimplySiti.
Bukan sekadar menitik berat soal kebersihan, tapi apa yang penting ia adalah halal dan selamat digunakan.
Sepanjang dua tahun itu juga dia berdepan dengan rintangan dan cabaran yang bukan kecil bagi memastikan produknya itu menepati piawaian yang telah ditetapkan.


"Kami bimbang kalau produk ini tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Untuk itu, kami sendiri membawa pegawai Jakim ke Korea agar mereka dapat melihat sendiri proses pembuatan dan persekitaran di sana.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mereka berpuas hati serta mengiktiraf SimplySiti dengan pengesahan sijil halal," kata Siti dalam nada syukur.


Zoom: Alhamdulillah...Produk halal..Kalau sudah rezeki pastinya produk ini akan menjadi pilihan berdasarkan Ikon dan personaliti yang ada pada D. Siti Nurhaliza..Apa kata anda di ZOomartis?