Mac 15, 2010

Rozita Che Wan nak jual bulu mata palsu !!?


Apa-apa je la Rozita asal rezeki halal, daripada ada sesetengah artis tu yang nak kaya cepat macam-macam benda dibuatnya.

Rozita ni tanpa bulu mata palsu hidup beliau tidak akan lengkap, sama macam bebudak kecik kalau dah ada bantal busuk.Pasti akan mencari bantal busuknya walaupun nak tidur sekalipun, jika tak alamat tak tidur lelaplah si ayah dan ibu.

Baca je serba sedikit megenai cerita bulu mata Rozita ni...



“Tidak lama lagi, saya akan mengeluarkan bulu mata palsu dengan jenama saya yang sedang dibuat di Indonesia. Saya memilih negara itu kerana di sana bulu mata palsu yang dihasilkan sangat cantik dan berkualiti.

“Saya sudah membuat lima rekaan bulu mata palsu dalam pelbagai saiz dan bentuk,” jelas Rozita.
Memandangkan ramai yang menganggap dirinya begitu obses dengan bulu mata palsu, ramai yang ingin mengetahui berapa banyak koleksi yang dimiliki olehnya.

“Saya tidak mempunyai banyak koleksi bulu mata palsu kerana apabila saya pergi ke mana-mana majlis, saya akan dimekapkan oleh Amy Janz.

“Setiap kali memborongnya, saya akan membeli sekotak bulu mata palsu yang mengandungi 70 pasang dan ia boleh tahan selama enam bulan.

“Apabila keluar menjalani penggambaran, saya akan mengenakan mekap sendiri lengkap dengan kosmetik asas seperti bedak asas, bedak halus, bedak kompak, pembayang dan pembayang mata berwarna coklat,” katanya yang turut menitik beratkan penjagaan kulit muka.