Mac 26, 2010

Benjy tidak didakwa mengedar dadah

Seorang ibu pastinya akan mendoakan keselamatan anaknya walaupun si anak melakukan kesalahan, begitu jugalah keadaan yang menghantui akak Azean kita yang sedang melawan penyakitnya dan kini sentiasa berada disamping anak memberi sokongan kepada Benjy.

Dibawah ini luahan si Ibu apabila si anak tidak dikaitak dengan kesalahan mengedar dadah yang boleh dijatuhkan hukuman mati jika didapati bersalah.

"Saya bersyukur kerana Benjy tidak dikenakan “tuduhan sensasi” (mengedar dadah) seperti yang dilaporkan sebelum ini," kata Azean semasa ditemui media di luar mahkamah selepas prosiding di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur selesai.


Benjy atau nama penuhnya Khaeryl Benjamin Ibrahim, 31, dituduh memiliki 0.24 gram syabu di Unit A-6-5, Menara Duta, Jalan Segambut, Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang 11 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hafiza Saini membenarkan Benjy diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 April untuk sebutan semula kes itu.

Benjy bagaimanapun ditahan semula oleh  Unit Narkotik selepas membayar denda.

Info :Manggaonline