Mac 26, 2010

Amy Search tanggu pembedahan demi Konsert Suatu Masa di Istana Budaya

Zoom walaupun tidak terlalu mengenali Abang Amy ini,tetapi sekali pandang dan pernah berborak seketika dengan beliau Zoom tahu beliau adalah insan atau artis yang terlalu baik untuk Zoom..

Mungkin ada dikalangan anda pernah terjumpa beliau sebelum ini, perwatakan dan cara pemakaian beliau yang berlandaskan agama membuatkan Zoom begitu kagum dengan perubahan yang ada pada abang Amy kita ni.

Yang terbaru Zoom ada membaca Amy Search menangguhkan pembedahan saraf yang sepatutnya beliau buat demi komitment untuk konsert Suatu Masa pada 25 hingga 28 mac ini di Istana Budaya.

dibawah salah satu temubual wartawan dengan Amy Search

"Doktor kata ia pembedahan minor sahaja, tapi saya terpaksa tangguhkan sebab tidak mahu latihan dan persembahan saya terganggu. Saya tetap akan menjalani pembedahan selepas persembahan ini selesai," kata Amy semasa ditemui dalam majlis doa selamat menjelang pementasan konsertnya nanti

Zoom: Apa kata anda mengenai perubahan dan pembedahan Abang Amy kita ni !!!?