Setelah diadakan selama 3 musim, One In A Million akhirnya terpaksa diberhentikan. Walaupun One In A Million (OIAM) masih mempunyai ramai peminat, 8TV bagaimanapun nekad merehatkan program yang sudah pun diadakan sebanyak tiga musim itu kerana kos yang tinggi dan ketandusan bakat punca utama kenapa direhatkan bagi memperkenalkan program realiti terbaru yang mengangkat elemen tarian jalanan iaitu Showdown 2010 sebagai pertaruhan terbaru mereka.
Kos penerbitan yang tinggi serta ketandusan bakat dalam bidang nyanyian menjadi faktor kenapa program yang menawarkan wang tunai lumayan sebanyak RM 1 juta itu direhatkan seketika. Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar ketika membentangkan program 8TV sepanjang 2010 di Hotel Mantra Legend, Gold Coast, Australia memberitahu, Showdown 2010 juga menelan kos yang tinggi tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan OIAM.