Kami di Zoomartis mengucapkan tahniah kepada Chef Wan, jika tidak kerana usahan yang beliau curahkan pastinya ia tidak akan menerima anugerah ini.
Baca Selanjutnya
Chef Wan yang digelar Chef TV Selebriti Terbaik Dunia bakal dimahkotakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.
Tak sia-sialah penat lelah selama lebih 25 tahun yang dipikul Chef Wan sebagai tukang masak sehingga membuka mata banyak pihak bukan saja dalam negara malahan di peringkat antarabangsa.
Sepatutnya Chef Wan sudah lama memegang gelaran itu. Bagaimanapun 4 tawaran telahpun ditolaknya dengan baik kerana dia belum lagi bersedia untuk memikul peranan dan gelaran yang disifatkannya cukup terhormat.
Bagaimanapun kali ini, Chef Wan tak dapat menolak tawaran yang diberikan itu. Lebih-lebih lagi apabila ibunya amat berharap untuk melihat segala penat jerih dan kesungguhan anaknya itu mengharumkan nama negara berbaloi.
Selepas penganugerahan itu, Chef Wan dengan rasa rendah diri kalau boleh tidak mahu sesiapa menyapanya dengan panggilan Datuk. Cukuplah dengan panggilan sedia ada seperti Chef Wan atau Abang Wan.