Belum pun meniti gerbang perkahwinan satu lagi gossip panas mengenai bekas isteri ustaz Akhil ni, beginilah nasib jika sudah menjadi terkenal di Malaysia.Setiap langkah akan menjadi perhatian masyarakat, pantang silap sikit..!! Malas nak komen anda baca je la temuramah wartawan dengan si peminjam ni...!!!
Baca Selanjutnya
DALAM rancak media membicarakan hasrat bekas isteri pendakwah selebriti Malaysia, Akil Hayy, Maizawati Zainal mahu menamatkan zaman solo dengan jejaka kelahiran Sabah berusia 22 tahun, Selebriti menerima satu lagi perkhabaran mengenai wanita jelita ini.
Difahamkan Maizawati membeli semua koleksi itu untuk dijual di butiknya di Ipoh tetapi kekurangan modal dan berjanji akan membayar kemudian. Bagaimanapun hingga artikel ini disiapkan (Khamis lalu) bayaran belum dibuat malah setiap kali pemilik butik yang terletak di Carrefour Ampang itu bertanya mengenai bayaran, dia bijak mengelak dengan memberi alasan sibuk dan baju tidak laku.
Untuk mengesahkan perkara itu Selebriti bertemu pemilik butik berkenaan, Nik Aida Wan Muda yang nyata kecewa dengan sikap Maizawati. Ujarnya, ketika berurus niaga dengan Maizawati, dia kasihan dengan nasib yang menimpa wanita itu sehingga sanggup menjual semua produk itu dengan harga yang murah bahkan dia percaya dengan janji Maizawati akan melunaskan hutang berkenaan. Bukan mahu memalukannya tapi apa yang dia buat memang tidak patut. Dia tidak mengkotakan janjinya malah pandai mengelak setiap kali saya menghubungi untuk bertanyakan soal bayaran.
Macam-macam alasan diberikan termasuklah jubah yang diambil itu tidak laku dan hanya sehelai saja dibeli orang. Bila saya minta pulangkan semula jubah dan tudung yang didakwa tidak mendapat sambutan itu, dia bagi alasan tak boleh hantar kerana sibuk. Bahkan dia ada menyuarakan mahu datang ke butik kerana mahu ambil baju lagi tapi saya tidak sedap hati lalu menolak permintaannya.
Mungkin malu dengan saya, tiba-tiba dia cakap mahu pinjam kerana ada kawan berminat nak tengok koleksi butik saya. Bagaimanapun beberapa hari lalu ada teman memaklumkan kepada saya Maizawati menggayakan jubah yang belum dibayar itu dalam sebuah majalah mingguan popular dan melabelkannya sebagai Maizawati Collection,katanya hampa. Aida berkata, dia mengenali Maizawati Jun lalu ketika melakukan kerja amal di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Terbit rasa simpati apabila Maizawati sering mengadu hidupnya susah apatah lagi masalah rumah tangganya mendapat liputan luas media.
Bila saya tanya kenapa dia tidak memaklumkan baju saya keluar dalam majalah itu, dia cakap mahu mempromosikan baju itu dan berpesan kepada saya jangan jual murah sebab dia mahu jual mahal. 揝aya hairan dengan sikapnya kerana sebelum ini bukan main susah nak menghubungi tetapi bila saya mengirimkan SMS mahu adukan perkara ini kepada media, cepat pula dia membalas akan memulangkan baju itu dalam minggu ini. Saya hanya mahukan hak saya. Memanglah jumlah tidaklah sebesar mana tetapi janji kenalah dikotakan. Saya mahu dia bayar sebab sudah lama dia simpan baju dan tudung itu, katanya yang masih terngiang-ngiang keluhan Maizawati yang butiknya di Ipoh tidak ada baju ketika mula berurusan dulu.
Zoom: Apa kata anda ?