Pada 2010 ini, Suki bagaimanapun ingin memasuki episod baru dalam hidupnya dan ingin lebih berjaya sebagai artis. Buat permulaan, dia telah muncul dengan album Mandarin berjudul Ladies Night. Namun jangan salah sangka pula Suki meniru lagu Rossa, Hey Ladies. Album Suki itu telah pun dilancarkan pada 18 November lalu di Thai Club, KL.
Baca Selanjutnya
Dalam soal hubungan pula, Suki turut terkena tempias dikatakan bercinta dengan seorang komposer.
"Eh, pandai-pandai saja gosipkan Suki. Mana ada. Setahu Suki semua komposer yang Suki kenal sudah pun berkeluarga," pintasnya.
Bagaimanapun, Suki tidak menafikan dia sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki misteri.
"Sekarang, Suki dah ada teman rapat. Dialah orang yang banyak sokong Suki selama ini. Biarlah orangnya tidak didedahkan. Cukuplah setakat Suki kata dia suka jadi orang belakang tabir. Umurnya dalam lingkungan 27 tahun,"jelasnya dengan senyuman bahagia.