Kesian pula zoom baca luahan artis keluaran Akademi Fantasia 5 ini, mana tak nya dulu semasa di Akademi mesti berkobar-kobar ingin menjadi terkenal apabila berada di luar sana.Namun semua itu hanya angan-angan kosong bagaikan ingin "Membelah Lautan Yang Luas".Jum kita Zoom kisah sedih Artis Keluaran Akademi Fantasia ini yang terpaksa membuka kedai BURGER untuk menyara hidup !!!
Baca Selanjutnya
Beberapa minggu lalu Niezam terserempak dengan bekas peserta AF5 iaitu Rizal di sebuah majlis hari jadi artis.
Masa berborak dengan Rizal tu Niezam tanya dia selepas keluar AF5, ke mana dia hilang? Tak pernah nampak batang hidung pun?
Bila mendengar cerita Rizal tu rasa sedih juga kerana hasrat dia nak jadi penyanyi popular selepas keluar rancangan realiti itu tak menjadi kenyataan.
Kata Rizal, semasa dia hilang tu, dia bawa diri ke Manjung, Perak. Di sana dia buka gerai burger. Dua tahun juga dia buka gerai itu tapi terpaksa ditutup sebab kurang mendapat sambutan.
Kemudian Rizal bawa diri ke Kuala Lumpur untuk buat album single.
Tapi malang sekali, selepas dia keluarkan wang RM5,000 kepada seseorang yang berjanji nak tolong dia hasilkan single tu, individu tersebut pula lesap bersama wang tersebut.
“Kadang-kadang saya rasa kecewa juga. Banyak sangat orang yang suka menipu dalam dunia ni,” kata Rizal.
Gara-gara kecewa dengan perjalanan seni yang tak beberapa menjadi tu, sekarang Rizal cuba nasib menjual barangan kulit seperti dompet dan jaket secara kecil-kecilan.
Rizal mengambil tempahan untuk membuat pelbagai jenis barangan kulit yang pelanggan mahu.
Kata Rizal, barangan kulit itu terdiri daripada kulit harimau, unta dan kulit ular.
Selepas keluar AF5 tu, menurut Rizal hidup dia agak perit. Rupanya baru dia tahu bukan senang nak jadi artis..
Kalau tak ada kekuatan dan semangat, memang akan tersungkur terus..
Tapi dia bernasib baik juga sebab ada juga syarikat produksi yang nak ambil dia berlakon.
Terbaru Rizal baru selesai menjalani penggambaran drama 13 episod, Cintaku Di Mukah.
Kepada orang di luar sana yang nak jadi artis tu, fikirlah banyak kali. Bukannya senang. Kerja artis memang glamor tetapi tak semuanya berjaya.
Apa komen anda ? nak masuk Akademi Fantasia ?