AKTRES Indonesia Bunga Citra Lestari tidak mahu paksa suaminya pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair untuk buat pemilihan status warganegara.
Menurut Bunga, dia memberi kebebasan kepada Ashraf memilih untuk menjadi warga Indonesia atau Malaysia.
Baca Selanjutnya
"Itu hak Ashraf mahu pilih yang mana. Sebagai isteri, saya tidak berhak meminta dia memilih kewarganegaraan," jelas Bunga yang mesra disapa BCL.
Beberapa hari kebelakangan ini heboh diperkatakan yang Ashraf akan dideportasi dari Indonesia. Namun khabar itu ternyata tidak betul bila pihak Imigrasi Indonesia memberitahu yang Kartu Izin Tinggal Sementara (Kitas) milik Ashraf tidak ada masalah.
"Soal Ashraf mau dideportasi itu tidak benar," menurut satu sumber dari pihak imigrasi.
Zoom Komen: Dah lama zoom tak "post" mengenai suami artis seberang ni, sebelum ni heboh di media cetak dan internet mengenai gossip "Honeymoon" suami isteri yang konterversi ni. Sekarang ni pulak timbul gossip beliau akan bertukar kewarganegaraan seberang. Apa-apa lah Ashraf Sinclair asal ko bahagia di negara seberang, tapi lepas jadi warga negara seberang alamatnya jadi PR la jika nak datang ke Malaysia yang tercinta ini.. Apa komen anda mengenai GOSSIP Ashraf Sinclair ini ???