Oktober 24, 2009

(Gossi) 'Detektif Lim' mungkin bersara gara-gara dipulau ekoran kes curi buku !!


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib pelakon yang popular menerusi drama bersiri 'Gerak Khas', Mohd Farid Amirul Wu Abdullah gara-gara didakwa dalam kes mencuri dua buah buku.

Mohd Farid yang terkenal sebagai 'Detektif Lim' dalam drama itu dituduh mencuri buku bertajuk 'The Sistine Secrets' berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk 'Decoding The Heavens' (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Rentetan daripada kes tersebut, Farid berkata, ayahnya enggan bercakap dan menemuinya.

"Bila diberitahu kepada ayah yang saya ingin balik kampung tempoh hari, ayah berkata... tak apalah. Itu pun menerusi ibu saya sebagai orang perantara.

"Lebih menyedihkan, ayah saya diserang penyakit jantung ekoran kes saya," luah Farid dengan nada sedih dan kecewa kerana bapanya tidak ingin menemuinya sehingga kini.

Sejak memeluk agama Islam pada tanggal 21 Jun 1991, Farid julung kali tidak mampu berhari raya dengan gembira kerana bersedih atas apa yang terjadi.



Baca Selanjutnya

Kebiasaannya, pelakon berusia 44 tahun ini akan mengambil kesempatan di hari raya untuk berkunjung ke kampung halaman orang tuanya untuk menuntut maaf.

Walaupun ibu bapanya berlainan agama, Farid tetap ingin menghulurkan tangan memohon keampunan di pagi Syawal. Namun, sekarang ia hanya tinggal kenangan indah.

Farid yang masih berstatus bujang kadang-kala terasa kehilangan tempat dahan bergantung. Sudahlah bapa memulaukannya, katanya, perhubungan nya dengan kekasih turut dilanda badai ekoran kes mahkamah itu.

Malah Farid mungkin "bersara" dari dunia hiburan ekoran tawaran berlakon yang semakin berkurangan buat masa ini.

Dia kini hanya berlakon dalam drama 'Gerak Khas' dan tiada lain-lain tawaran berlakon.

"Tawaran-tawaran berlakon semakin berkurangan. Sekarang saya hanya berlakon dalam 'Gerak Khas'.

"Saya tengah mencari pekerjaan lain kerana masa depan saya tidak terjamin," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini semalam.

Kata Farid lagi, kes mahkamah tersebut telah meninggalkan impak besar kepada kerjaya seninya.

Katanya, bukan sahaja wataknya dikurangkan sedikit dalam 'Gerak Khas' bahkan ia telah menutup peluang-peluang berlakon yang lain.

"Dulu saya pernah menerima tawaran berlakon daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM). Skrip pun telah saya dapat dan cuma sedang menunggu penggambarannya.

"Penggambaran sepatutnya bermula bulan September lalu tetapi sampai bulan ini, saya masih belum menerima apa-apa berita lagi. Bila saya menghubungi pihak produser, mereka kata ia ditangguhkan.

"Hakikatnya, sumber saya memberitahu, apabila nama saya diajukan, pihak produser berkata kemudianlah," katanya yang menyedari dirinya barangkali telah "disenaraihitamkan".

Itu hanya sedikit rentetan yang perlu dilalui Farid. Dia mungkin kehilangan segala-galanya dan hanya pasrah menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran dengan redha.

Qada' dan qadar telah semua ini. Namun, andai diputar kembali titik hitam ini, Farid tidak ingin semua ini berlaku.

Zoom KOmen: Kesian juga kat Pelakon "Detektif Lim" dalam Gerak Khas ni, disebabkan dituduh mencuri buku di MPH beliau tidak dapat tawaran berlakon lagi.Malah keluarga beliau juga semakin menyisihkannya. Besar dugaan yang melanda Insan yang bernama Mohd Farid wu Abdullah ni, apatah lagi beliau dah keluarga berlainan agama.Semoga beliau tabah dengan segala dugaan yang datang. Apa Komen anda ??