Oktober 15, 2009

(Gossip) Amber Chia akhirnya memperoleh hak francais Ford Model Inc !!!


Sejak kontroversi gempar kes ditipu minggu lepas oleh rakan kongsi sendiri, Wen-Ji Yap , hasrat untuk menerbitkan program pencarian supermodel Malaysia dapat diteruskan oleh pelakon dan peragawati terkenal, Amber Chia.

Akhirnya hak francais diperoleh daripada agensi peragaan antarabangsa, Ford Model Inc dan rakaman program itu akan diteruskan pada November ini.



Dengan menggunakan nama baru, Ford Model's Supermodel of Malaysia, Amber yang bertindak selaku Penerbit Eksekutif serta hos utama rancangan berkenaan, berkata rancangan itu telah mendapat perhatian daripada pihak penaja selepas kontroversi melanda baru-baru ini.

"Sejak kontroversi berlaku, berpuluh-puluh emel saya terima setiap hari. Bukan saja daripada peminat dan rakan yang mengharapkan supaya saya bersabar, malah juga penaja yang ingin membantu program saya ini. Untuk itu sekarang saya sedang sibuk menyudahkan kertas kerja yang baru. Pada masa yang sama saya masih berhubungan dengan pihak Ford Model dari masa ke semasa," ceritanya yang dalam perjalanan ke Ipoh, semalam.

Jelas Amber,filem program realiti TV kenaan akan diuruskan oleh syarikat produksinya Amber Creation Sdn Bhd dan masih lagi menggunakan konsep serupa iaitu tiada pakaian mandi atau terlalu seksi serta membuka penyertaan daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India.

"Selain saya yang akan bertindak sebagai hos dan juri, saya juga masih mencari 2 lagi juri profesional yang betul-betul popular bagi membantu saya membuat pilihan pada setiap minggu penyingkiran.

"Kesemua 20 model sedia ada akan saya serapkan ke peringkat akhir bersama-sama 10 lagi peserta baru. Pemenang akan diberikan hadiah wang tunai, latihan dalam bidang peragan dan hanya pemenang wanita akan dihantar ke pertandingan di peringkat dunia di Brazil pada 16 Januari tahun depan," katanya dengan berkobar-kobar.

Info: Penguin

Zoom KOmen: Semoga sucess, APa KOmen anda ?
Baca Selanjutnya