Nadia mengakui bukan mudah untuk terus berada dalam industri hiburan tanahair. Lebih-lebih lagi, setiap tahun ramai artis muncul daripada program realiti yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen. Hanya mereka yang benar-benar berbakat dan ada pakej yang lengkap sahaja mampu bertahan. Banyak yang perlu dilakukan memandangkan industri hiburan sekarang ini sedang mengalami perubahan...
Baca Selanjutnya
“Saya akui bukan mudah untuk terus berada di dalam industri. Banyak yang perlu diusahakan. Perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang. Sebab itu saya perlu berkerja keras untuk memastikan karier saya teguh apabila usia mencapai 23 tahun.”
“Dulu orang memang berebut beli album kalau seseorang artis muncul dengan album terbaru, tapi sekarang ini sudah lain. Ramai yang lebih suka muat-turun lagu di internet. Sebab itu tidak banyak label muzik yang sanggup mengeluarkan modal untuk pembikinan album. Sebaliknya mereka lebih senang menerbitkan single. Atas sebab itulah sampai sekarang Nadia masih belum berkesempatan muncul dengan album.
“Tetapi dalam masa terdekat ini, Nadia akan muncul dengan single yang berjudul “Kita Sama”. Lagu yang digubah oleh Amir ini saya tulis sendiri dan ia berkonsepkan ‘pop rock’. Single ini sudah pun siap direkod dan sekarang ini saya sedang usahakan untuk ia diputarkan di stesen-stesen radio,” cerita Nadia yang sekarang ini memilih Dream Music sebagai syarikat rakaman.