Oktober 01, 2009

(Celebrity News) Rafidah 3R Jadi Pensyarah !!!



Wajah gadis berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab, Rafidah Abdullah telah menghiasi program berbentuk infortainmen, 3R selaku pengacara sejak sembilan tahun lalu. Benar, sepanjang tempoh itu selain mengacara, wanita berusia 32 tahun itu pernah terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem Gol & Gincu yang kemudiannya di bawa ke kaca televisyen sebagai drama bersiri.

Baca Selanjutnya

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa dia juga sebenarnya merupakan penulis skrip bagi filem arahan Bernard Chauly itu. Mengacara sudah, berlakon pun sudah dan baru-baru ini berita yang kedengaran, Rafidah sudah melangkah ke satu lagi cabang kerjaya iaitu sebagai pensyarah.

Pada majlis berbuka puasa 3R yang berlangsung di perkarangan syarikat penerbitan, Red Communications Sdn. Bhd., di Petaling Jaya baru-baru ini, ketika bertemu Rafidah, dia mengesahkan khabar tersebut. Menyingkap perihal kerjaya barunya itu, kata Rafidah, dia merupakan pensyarah untuk subjek Analisa Skrip Filem di Sunway University sejak 19 Ogos lalu.

"Saya ingin memanfaatkan segala ilmu yang saya peroleh ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan skrip di Goldsmiths College, University Of London.



"Jujurnya saya baru lagi mengajar. Buat masa ini saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sebagai pensyarah dan berhadapan dengan pelajar yang bukan sahaja dari negara ini tetapi juga dari Brunei dan Norway.


"Nak kata gementar memang saya akui gementar sebab bukan senang untuk mengajar kerana tidak tahu sama ada pelajar boleh faham atau tidak segala yang cuba saya sampaikan.