
Setelah menolak lebih 10 tawaran untuk membuat persembahan di Malaysia, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan lagu Menjaga Hati muncul di Konsert Iluminight di Bukit Kiara Indoor Arena Kuala Lumpur, 15 Ogos lalu. Band ini digandingkan dengan Maliq & D'Essentials, Afgan dan Atilia.
"Tawaran di Indonesia terlalu banyak yang harus dipenuhi, oleh itu kami terpaksa menolak tawaran untuk showcase di Malaysia.
"Bukannya kami lebih pentingkan peminat di Indonesia tanpa memikirkan yang ada di Malaysia, namun kami tak bertemu waktu yang cocok untuk ke sini," jelas Dudi mengenai situasi sebenar.
"Kami tidak kisah nama Yovie dan Nuno tidak komersil asalkan jualan album komersil.
"Nuno pula maksudnya nombor satu dalam bahasa Itali," ujar Yovie berkaitan dengan mengenai pemilihan nama Yovie dan Nuno.
Mereka kini dalam proses pembikinan album baru yang dijangka akan dilancarkan pada November 2009. Band ini dianggotai Yovie (komposer), Dudi (vokal), Diat (gitar) dan Dikta (vokal).
Yer je la,Kat malaysia ni apa ada kan...Tapi rakan2 kamu lebih suka datang malaysia sebab uangnya Tinggi berbanding indo..So fikir2kan la..Betul tak u alls..Kat malaysia ni la lubuk emas untuk artis luar terutamanya Artis Indonesia.
Apa2pun sape pergi ?