Jun 09, 2009
(Gossip) Bra Hitam Diana Dan Pengakuan Mengenai Farid Kamil
Dianatidak menafikan dia dan Farid menjalinkan hubungan istimewa. Namun,gadis ini enggan bercerita lanjut tentang hubungan mereka itu
NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali kepangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tigabulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.
Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikansi pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambilketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangatsebab dapat jumpa Mama".
Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidakdapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabarangin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yangmengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.
Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.
"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya sayamemang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebihtentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusipengalaman yang lalu.
"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.
Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pastisejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid jugasebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seoranglagi aktres muda, Lisa Surihani.
Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani ProgramLatihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu danpastinya sukar untuk berhubungan.
Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawamembaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkanhubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, diaakui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahuadakah mereka benar-benar serius.
Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Dianaberada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalantersebut.
Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon danpengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnyamemang bermula atas dasar persahabatan.
"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Diaseorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagumdengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.
Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri AirMata Mariadan Farah Syakirah ini, dia lebih selesa untuk bercakap tentangperancangan karier seninya setelah 'berehat' selama tiga bulan dulu.
"Saya sekarang tengah berehat selepas tamat PLKN pada 7 Jun lepas.Mungkin sebelum saya terima tawaran baru, saya dan Mama akan pergibercuti dulu, kemungkinan ke Indonesia dan Australia.
"Selepas itu saya akan menyambung pelajaran di University ofNottingham di Semenyih, Kajang bulan depan dalam bidang biosains.Nampaknya, penatlah Mama nak menguruskan jadual seni dan pelajaransaya," kata Diana yang akan cuba membahagikan masa sebaik mungkinantara kerjaya dan pelajarannya.
Katanya lagi, dia juga akan meneruskan projek penghasilan albumsulungnya di Jakarta tidak lama lagi yang sudah tertunda agak lama itu.
"Memang banyak sebenarnya benda yang nak kena buat. Album tetap akanditeruskan begitu juga dengan tawaran berlakon yang masih lagi sayapertimbangkan.
"Sekarang ini saya tengah tunggu jadual kelas pengajian sayaterlebih dahulu, barulah senang nak merangka aktiviti-aktiviti lainjuga," katanya yang berduet dengan Imran Ajmain dan Nabil menerusi laguRadio yang kini semakin kerap diputarkan di stesen-stesen radio.
Ditanya tentang 'kehidupan' barunya setelah tamat PLKN, kata Diana,dia akui sudah mula rasa rindu terhadap kawan-kawan di kemnya dulu.Namun, tutur Diana, apa yang penting, pengalamannya di PLKN ternyatabanyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin.
"Sekarang ini saya pantang tengok barang bersepah sebab ketika dikem dulu, kami kena sentiasa pastikan bilik dan tempat tidur kemas.Saya juga dah terbiasa bangun awal pagi sehinggakan Mama cakap "I havea new daughter!".
"Tetapi masalahnya sekarang berat badan saya sudah bertambah 7kg.Maklumlah, asyik makan saja ketika di kem. Tetapi saya tidaklahtertekan sangat kerana saya tahu, bila saya kembali aktif dengankerja-kerja saya selepas ini, secara automatik berat saya akanberkurangan," kata Diana
P/S: Confirm Gambar Ni Jadi Gossip :P
So Lain Kali Berhati2 Dengan Penampilan Anda :P
Pesanan Dari Zoom Admin Untuk Artis Dan Anda Semua