Jun 23, 2009
(Celebrity News) Lima anak pembuka pintu rezeki Andy !
Andy mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda iaitu 20 tahun manakala isterinya, Nurul Shafizan Othman atau lebih mesra dengan panggilan Baby ketika itu hanya berusia 19 tahun.
Baby juga sebenarnya adalah cinta dan kekasih Andy yang telah dikenalinya sejak kecil lagi dan usia perkahwinan mereka bakal mencecah 18 tahun pada 2 November ini.
Menghabiskan masa hampir setiap masa setiap hari dan juga bersekolah di sekolah yang sama, membuatkan kedua-duanya dinasihati keluarga untuk segera berkahwin.
"Biarpun usia kami muda, tetapi kami berjaya mengharungi segala rintangan dengan baik sekali dan jujurnya, saya tidak pernah menyesal kahwin dalam usia muda.
"Isteri dan anak-anak saya merupakan kekuatan dan pendokong utama dalam kerjaya seni saya," kata Andy yang kini berusia 38 tahun itu membuka bicaranya.
Hasil daripada ikatan suci mereka itu telah dikurniakan dengan dua putera dan tiga puteri iaitu Megat Daniel Ataullah, 17; Megat Zarul Mukhriz, 15; Puteri Adlin Natasya, 12; Puteri Adlin Syafinie, 11 dan si kecil, Puteri Adlin Syafinaz, enam.
Zoom Comment : Alhamdulillah Dah nak mencecah 18tahun Usia Perkahwinan Andy,Zoom Pun baru tahu yang usia perkahwinan Andy lama ni,Tahniah Buat Diucapkan kerana menjadi seorang suami yang pandai menjaga keluarga dengan sempurna.Kepada Artis-artis diluar sana contohilah Artis Moden Seperti Andy,Jangan Berkahwin Hanya Kerana Nafsu Semata-mata Ingatlah Anak dan isteri tersayang..